Showing posts with label Double Standard. Show all posts
Showing posts with label Double Standard. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Guru Jadi Mangsa Kerakusan Kuasa Pemerintah!

Demokrasi terpimpin...
Ingat tuan dan puan ya, jgn la kita undi pakatan sbb hanya BN yg bg rezeki.. ni dah kena hukum sbb ambik gmbar dgn PR.. kalau ambik gmbar dgn BN x kena hukum taw.. ingat ya rezeki BN yg bg.. lama2 nak jd mcm BASHAR ASSAD ke Malaysia ni???.. ambo dok relo.... demo relo????... - Fan Pakatan Rakyat DiFB

Friday, July 26, 2013

Sejak bila logo "R" jadi lambang parti? Ini memang pelik .. baca lah +Video

Baju ‘R’ Tak Boleh Masuk Kawasan Mengundi, Baju 1Malaysia Boleh?
BESUT: Pengerusi ‘R’, NGO menuntut royalti minyak dikembalikan ke negeri terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah kesal dengan tindakan pihak keselematan yang menghalang beliau masuk ke pusat mengundi dengan mamakai baju T berlogokan ‘R’.

Saturday, July 20, 2013

Hina agama lain dibenarkan? Ini buktinya..

Gagal bertindak ke atas Ibrahim Ali bukti hina agama lain dibenar
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ‘hak’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible.

Friday, July 19, 2013

Bukti Kerajaan Persekutuan double-standard dalam pendakwaan

Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen membukti sikap pihak Pendakwa Raya dan Kerajaan Persekutuan berpilih dan double-standard dalam mendakwa pemimpin pembangkang dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Wednesday, June 12, 2013

Kes Mati Dalam Lokap : Mana Inspektor Ni? Mana Gambar Beliau?

MP Segambut buat laporan polis desak identiti suspek keempat kes Dhamendran didedah
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Satu laporan polis hari ini dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) DAP Lim Lip Eng bagi menggesa pihak polis mendedahkan identiti suspek anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan N. Dhamendran.

Monday, June 10, 2013

Lagi Kenyataan Berunsur "PERKAUMAN" dari Tim. Perdana Menteri Malaysia?

Putrajaya akan utamakan mereka yang sokong BN dalam PRU13, kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 8 Jun — Pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini.

Friday, June 7, 2013

Najib Hina Sultan?? Siapa tahu apa tindakkan yg pernah di ambil pada penderhaka dan penghina YDPA ini?


Semua Raja-raja Melayu mesti dihormati...kerana Baginda adalah Payung Penyatuan semua kaum yg berlindung dibawah institut beraja yg diamalkan dinegara ini... tapi kenapa perlu bersikap double standard ...siapa yang ditangkap yg menghina Sultan Terangganu yang juga masa itu YDPA.. apa yang susah kerana mereka adalah ahli dan pemimpin UMNO diTerengganu..!!

Saturday, October 13, 2012

Kalau Tak Salah Kenapa Perlu Takut Mendedahkan Siapa Penyumbangnya

KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Friday, February 24, 2012

Bukti "Kejayaan" Transformasi dan demokrasi Najib

SAMPAI BILA KAMU NAK DI TIPU OLEH DIA ?
Dari Tranformasi Politik... Kpi... 1 Malaysia... dan Watassiyah semua nya hanya Penipuan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Hj Najib (DSHN) dan Umno keseluruhan nya... dengan tidak memanggil Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Negeri-Negeri Pakatan Rakyat (PR) menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah tidak profesional dan beretika ( Baca SINI ) ... patut lah tak mahu berdebat... Masyuarat MB/KM pun tak sanggup nak panggil... kah kah kah !!!.

Sunday, January 29, 2012

Panas!! Najib Rela 'bertempur' dengan rakyat" apa tindakan POLIS???

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat
KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

Monday, January 16, 2012

Lagi Bukti UMNO Terang-Terangan Berpolitik Di Sekolah..

Satu lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan. Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular