Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts

Monday, November 14, 2011

K'jaan dibidas, berbelanja sebelum Bajet dilulus

azlanKementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Tuesday, October 25, 2011

Bantuan RM500 tidak ikhlas?

'Rumah siap pahat berbunyi', mungkin itulah peribahasa yang sesuai digunakan terhadap pembentangan belanjawan 2012 yang baru berlalu.

Pengumuman kerajaan bahawa setiap keluarga yang pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah akan diberi RM500 pada akhir tahun ini dinilai daripada pelbagai sudut oleh rakyat, ada yang gembira dan ada yang tersenyum sinis.

Pulau Pinang langsai RM600.5 juta hutang dalam tiga setengah tahun

Bajet 2012 mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

Monday, October 17, 2011

Hanya Zaman Najib Laporan Audit Tidak Diserahkan Kepada Ahli Parlimen

Ketua audit ditekan supaya tapis laporan?'
Anggota parlimen Pakatan Rakyat menuntut penjelasan sama ada ketua audit negara ditekan untuk menyunting laporan tahunannya.


Menyelar kelewatan penyerahan laporan itu, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada kerajaan takut akan hasilnya.

Sunday, October 16, 2011

Pusat berhutang kepada Kelantan, itu pun berlagak dgn Bajet Hutang 2012

Pusat hutang RM9.4b: Husam
KOTA BHARU–Putrajaya perlu men­jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

Saturday, October 15, 2011

Belanjawan 2012 Sahkan GST Akan Dilaksanakan Jika BN Menang PRU 13


Angka-angka unjuran ekonomi yang terkini semakin menunjukkan bahawa ramalan pertumbuhan ekonomi yang digunakan Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik. Terbaru adalah unjuran yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) yang menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%.

Beza "PERBELANJAAN" antara Negeri Pakatan Rakyat dgn BN


GEORGETOWN, 13 OKT – Yang membezakan negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional ialah Pakatan tidak meminjam duit untuk diberikan kepada rakyat, sebaliknya menggunakan lebihan Bajet untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Monday, October 10, 2011

Gaji Minimum di Malaysia Tiada Dalam Bajet 2012.

gaji minimum7 Gaji Minimum di Malaysia Tiada Dalam Bajet 2012. MTUC Tak Puas Hati Pekerja Swasta Kurang Dibela!!
Yang menjadi isu dan persoalannya sekarangnya, sebelum dibentangkan bajet 2012 telah diwarwarkan yang Bajet kali ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Tetapi, pekerja swasta tiada diumumkan mengenai penetapan gaji minimum di Malaysia dalam Bajet 2012 kali ini. Sedangkan dicanangkan dalam akhbar bahawa dalam bajet 2012 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan menyelesaian isu penetapan gaji minimum di Malaysia.

Najib Hina Petani Dan Nelayan, Warga Emas dan pekerja Swasta tidak dibela


PM: `Pilihan raya dah dekat’

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat.

Bajet 2012 tidak mendapat sambutan.... Rosmah kuasa di sebalik takhta Najib.

PRU-13 tak akan di November selepas Bajet gagal mendapat sambutan

Pemimpin PKR tidak menjangka bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada hari Isnin, menunjukkan tiada sambutan bagi Belanjawan 2012 walaupun pelbagai tarikan menarik yang ditawarkan untuk "membeli pengundi”.

Wednesday, October 5, 2011

Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua

Ucapan Ketua Pembangkang
MUQADDIMAH
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

Wednesday, September 28, 2011

Bajet 2012 adalah bajet pilihanraya

Kemungkaran politik dan ekonomi - Tanggungjawab rakyat menolaknya
Ramai rakyat berpendapat pilihanraya umum akan tiba dalam tahun ini juga. Faktor banjir musim tengkujuh tidak menjadi hal kerana jika di adakan waktu banjir yang kebetulan berlaku di dalam negeri-negeri tadbiran PR, banjir itu mungkin menjadi ‘plus faktor’ kepada BN kerana ramai penyokong PR di negeri-negeri itu katanya tidak akan dapat keluar mengundi dengan sepenuhnya. Betul atau tidak pandangan itu saya tidak tahu.

Wednesday, May 11, 2011

PM Bentang Bajet Seminggu Awal, 'Bajet Pilihan Raya'?


PUTRAJAYA 10 MEI : Perdana Mneteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 pada minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis sebagai "bajet pilihan raya" sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular