Wednesday, April 2, 2014

MH370 : Gambar2 dan Artikel2 yg tak keluar dalam media arus perdana

Foto | Sepanduk2 protes saudara mara penumpang MH370 di hotel Subang Jaya. "Serahkan pembunuh kepada kami" | via AP

MH370: Saudara mara dari China protes dgn slogan: "Tell us the truth", "We want evidence, truth, dignity", "Hand us the murderer."
BBC | Saudara mara penumpang MH370 yg baru tiba ke KL dari China buat protes  http://www.bbc.com/news/world-asia-26806791

Teori Konspirasi 1
Orang kanan Dr Mahathir cenderung menuduh US bermain catur dgn China dlm isu kehilangan MH370 ..

Teori Konspirasi 2
Dikatakan pesawat MH370 di Diego Garcia, pengkalan rahsia tentera US di Lautan Hindi..

Teori Konspirasi 3
Mantan editor Japan Times pula menulis kaitkan peranan Israel & Soros dlm kehilangan MH370..

Teori konspirasi 4
Pakar Israel tuduh Iran berkomplot dlm kehilangan pesawat MH370...

Berbelit2 kisah MH370 ni sejak awal. Kerna takda kepastian, maka timbul macam2 teori konspirasi. Naik pening kita baca tu semua.

Isnin 24/3/2014 Najib umum 1dunia MH370 "tamat di selatan Lautan Hindi" berdasar analisa Inmarsat. Harini Inmarsat tak setuju kesimpulan tu.

Jurucakap Imarsat Jonathan Sinnatt kata, Inmarsat cuma bekalkan info, terpulang kpd Malaysia nak buat kesimpulan.
syarikat Imarsat yg jadi rujukan PM Najib menjauhkan diri dari apa yg disebutkan Najib sbg "tamat di selatan Lautan Hindi".
http://www.malaysiakini.com/news/258535

SUMBER KOLEKSI BERITA https://twitter.com/AbdMalekHussin

Bongkar Punca Sikap Keluarga China Protes Melampau, Tempelak Kerajaan & Rakyat Malaysia

Disebalik Tragedi Mh370 : 
Ada seramai 227 penumpang yang terlibat dalam tragedi MH370 (KLIK SINI). Mereka datang daripada pelbagai negara dan latarbelakang serta sebab musabab terlibat dalam penerbangan yang sarat dengan tragedi abad ini. Paling terkesan adalah keluarga pada setiap penumpang.

Ada yang mula menerima ketentuan dan takdir dan yang sehingga sekarang dan tempat mereka lemparkan rasa marah mereka adalah kerajaan Malaysia malahan rakyat Malaysia sendiri terkena “tempiasnya“.

Begitulah tindakan kalangan 400 saudara-mara kelurga penumpang daripada 153 penumpang China amnya dan rakyat China umumnya yang terlibat dalam tragedi MH370 yang masih lagi menyimpan “dendam kesumat” terhadap Malaysia. Antara tindakan keluarga penumpang China MH370 kepada Malaysia ialah :

Tragedi MH370 : Tindakan Rakyat China kepada Malaysia?

menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf
boikot penerbangan ke Malaysia
meneruskan tindakan mogok lapar sebagai protes kepada kerajaan Malaysia
seringkali melakukan huru-hara dan menimbulkan kekecohan semasa berlnagsung taklimat rasmi perkembangan MH370 di malaysia
membantah dan menyerang keduataan Malaysia di China
melemparkan penghinaan terhadap pegawai kerajaan dan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 mac 2014


Sedangkan hakikatnya sekarang bukan mereka sahaja yang kehilangan orang tersayang, keluarga Malaysia juga kehilangan tersayang, begitu juga Indonesia, Australia dan ramai lagi.

Dan berdasarkan semakan Berita Semasa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keluarga China “bertindak luar biasa” berbanding keluarga mangsa lain. Antaranya ialah :

Punca Rakyat China Protes Kerajaan Malaysia & Benci Rakyat Malaysia
Ia sebenarnya ada kaitan dengan jiwa dan karakter unik yang ada pada rakyat negara China yang telah “terjajah” dalam diri mereka selama ini.

Sebenarnya ramai rakyat negara China sudah mensyaki sejak sekian lama selama ini kerajaan China, dan pegawai-pegawai pemerintah tertinggi China acapkali cuba sedaya upaya menutup skandal & menyembunyikan kebenaran yang berlaku di China. 

Anda boleh lihat bagaimana realiti apa yang berlaku di alam siber China, acapkali berlaku protes di Internet setiap kali terdapat pengumuman rasmi dan dasar-dasar terbaru kerajaan China. Nah inilah sebab juga kerajaan Malaysia menghadapi situasi sukar apabila tragedi kali ini melibatkan rakyat China. Bukan sedikit, tetapi melibatkan ra…maiiii rakyat China yang mana mereka sangat percaya kerajaan Malaysia turut sama “tidak telus & jujur” melibatkan operasi SAR ini

Kedua, ramai rakyat China masih lagi suka mengambil tindakan sendiri kerana sudah tidak percaya dengan undang-undang yang sedia ada. Kalau boleh mereka mahukan keputusan berada di dalam “tangan mereka sendiri“. Pada mereka, hanya “kuat” diadalah pemenangnya.

Ketiga, berdasarkan pengamatan Berita Semasa kebnayakan budaya rakyat China lebih vokal setiap kali memperjuangkan hak mereka apatah lagi sekiranya ia dilihat tidak berpihak kepada mereka

Keempat, hakikatnya negara China tidak mengamalkan undang-undang yang sebenarnya tetapi lebih kepada amalan pemerintaha ala-ala autokrasi yang yang kebnayakannya dimonopolit oleh kelompok elit China. Oleh sebab itulah, rakyat China sanggup berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan di bawah undang-undang yangs edia sehingga terbawa-bawa dalam apa juga situasi. Ini diakui sendiri oleh seorang penganalisis dari Beijing yang bernama Hu Xingdou

Ini ditambah dengan kesan lampau yang masih terpahat dalam diri rakyat China sepanjang menempuh Revolusi Kebudayaan dahulu

Kelima, sekarang ini berdasarkan kajian sejak 30 tahun dahulu rakyat negara China lebih gemar mengejar duit dan harta benda sehingga nilai murni yang pernah diterapkan dalam intiusi kekeluargaan dan di sekolah telah mula hilang .

Keenam, negara China dilihat bakal menjadi kuasa besar dunia di bawah pemerintahan Presiden Xi Jinping bersama-sama dengan slogan “China Dream” sehingga menyebabkan rakyat China mula berasa angkuh dan merasakan mereka sahaja yang betul

Ketujuh, faktor terbesar yang menjadi kebangkitan kemarahan rakyat China disebalik tragedi MH370 ini adalah berpunca daripada mereka kehilangan orang yang tersayang.

Semakan Berita Semasa terhadap kajian seorang ahli Sosiologi mengatakan keluarga China yang terpaksa tinggal dengan keluarga mangsa penumpang MH370 dari negara lain yang turut sama-sama mengalami kesedihan telah memberikan kesan emosi terhadap mereka sehingga kadangkala mampu mencetuskan tingkah laku yang melampau.

Seorang profesor mengatakan, dengan harapan yang diberikan kepada keluarga China, dalam pada masa yang sama informasi yang bercelaru yang berterbangan “di mana-mana sekarang ini” serta usaha carian MH370 yang dilihat tidak menentu pada mulanya menyebabkan emosi mereka cukup terganggu. 

Walaubagaimanapun, kemuncaknya tiba apabila Perdana menteri Malaysia mengatakan MH370 ”berakhir di selatan Lautan India” telah membangkitkan kemarahan rakyat China

P/S : Berita Semasa pasti rakyat Malaysia atau rakyat negara lain kebanyakan tidak akan bertindak seperti apa yang pernah dilakukan oleh keluarga China seperti yang berlaku sekarang. Tetapi, hakikatnya kita “tidak berada dalam situasi mereka” sekarang ini.

No comments:

Post a Comment