Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh meninggal dalam kemalangan + Laporan Polis & Gambar & Video


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selatan (PLUS) [di Kawasan Gua Tempurung] menghala ke utara kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Manakala pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta jenis Toyota Alphard yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera.



Kapal Singh adalah antara ahli parlimen yang lantang pernah digelar Harimau Julutong bergiat politik semenjak 1978 sehingga sekarang dan baru-baru ini melepas jawatan sebagai Pengerusi DAP...

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978.

Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999.Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu.

Ramai orang terkejut dan tidak menyangka yang Karpal akan menghabiskan sisa hidup dengan kemalangan.

Satu kehilangan besar, seorang pejuang yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan.‎ Takziah buat ahli keluarga mendiang, penyokong dan pendukung DAP khasnya serta keluarga Pakatan Rakyat secara umum.

LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt:
960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS 9898
(Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan)

7. Mangsa:
M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A, Jalan Utama
10450, Georgetown,
Pulau Pinang
M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)
M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur: -
Alamat:-
M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
Kpt: 760409-07-5211
Umur: 38thn
Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W. P.

M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt: Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: -
M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-5 053
Umur: 45thn
Alamat: No 528 Blok B,
Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor

M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt: 910829-08-6356
Umur: 23thn
Alamat: No 17-12 Blok C
PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor

M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-2508
Umur: 4thn
Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

8. Ringkasan/Siasatan Awal:

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

Peg Penyiasat:
ASP Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD
IPD Kampar

Pemandu lori positif dadah
Kampar: Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh dan pembantunya, awal pagi tadi, positif dadah jenis ganja.

Menurutnya, saringan awal ujian air kencing positif dadah jenis ganja dan pemandu lori terbabit ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

"Ujian makmal akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat,"katanya. HM

Karpal: Ujian awal air kencing pemandu lori mengandungi kesan ganja - Polis
Astro Awani | Kemas kini: April 17, 2014

KUALA LUMPUR: Ujian air kencing terhadap pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pemimpin veteran dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dipercayai mempunyai pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.

“Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya kepada Astro AWANI.

Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.

KM 301.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara sering menjadi lokasi kemalangan. - astroawani

Berita ini dipetik dari sebaran pelbagai sumber media sosial, twitter dan facebook.

No comments:

Post a Comment