Tuesday, September 3, 2013

Apa kata blogger UMNO : Inilah kerajaan taik minyak, satu proses pengukuhan ekonomi kepala hangguk!

Sebelum pilihanraya rakyat dijamu gula-gula sehingga ada yang air kencingnya dihurung semut kerana kemanisan. Hampir setiap bulan dan minggu dalam lawatan PM ke seluruh pelusuk Negara PM akan mengumumkan berbagai-bagai habuan, Br1M Satu, Br1M dua, Br1M tiga, bantuan baucher buku, bantuan orang bujang, bantuan pelajar dan berbagai lagi.

Rakyat bertepuk sorak seronok mendapat wang tunai. Sejarah tidak ada PM yang memberi wang tunai kepada mereka hanyalah Najib anak Tun Razak.

Rakyat melihat ekonomi negara ini sungguh makmur wang ditabur seperti daun-daun getah kering yang berterbangan jatuh ke riba. Rupa-rupanya awan tidak selalu cerah dan panas tidak sampai ke petang.

Sebelum pilihanraya minda rakyat dibasuh dengan belanjawan kasih sayang selepas pilihanraya kasih sayang terbang.

Semalam nada cakap PM pun sudah berubah sama sekali di mana beliau meminta rakyat faham bahawa kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter rupa-rupanya bukan soal politik sebaliknya soal masa depan negara dan beliau risau kalau ekonomi terjejas ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat.

“Pulak dahhhhh” keluh hamba rakyat di parlimen kedai kopi dan nasi kandar pagi tadi.

Hari ini rakyat seperti gajah naik minyak, sebelum pilihanraya rakyat ditatang seperti minyak yang penuh bila harga petrol dan diesel naik rakyat mula menyumpah inilah kerajaan taik minyak. - mummyrokiah.blogspot.com

Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi kepala hangguk!
"Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi jangka PENDEK (pendek yang mana aku tak pasti)"

Itu bukan ayat aku tapi ayat Perdana Menteri Melayu yang diberikan mandat pada PRU13 oleh Orang Melayu yang mengambil tindakan yang akan mengukuhkan ekonomi orang Mata Sepet.Bila harga minyak naik harga barang keperluan naik...bila harga barang keperluan naik yang bertambah kukuh ekonomi bukannya Orang Melayu spesis pengguna tapi Orang Cina spesis pembekal.Bahagian mana yang @NajibRazak kurang faham..?

Najib kata lagi...

"Kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat..."

Mengharapkan dengan mengarahkan ada banyak beza bro...

Selalu kalau kita berharap yang pasti kita akan tertiarap....

Kalau dah pandai ungkap 'kepentingan rakyat" buatlah tindakan yang mengambil kira kepentingan rakyat terutama yang mengundi BN masa PRU13.Jangan cakap tak serupa bikin bro..jangan madu yang diberi RACUN pula balasan nya.

Sumber kenyataan diatas : UtusanOnline

P/S : Aku mengelak untuk mengkritik Najib sejak seminggu lalu.Tapi makin hari makin kuat Sindrom Flip Flop Dollah dulu menjangkiti dia.Ramai gak dikalangan sahabat bloggers yang cuba membela dengan memberikan perincian dari aspek tindakbalas ekonomi dan pengurangan defisit negara.Tapi Tok Ngah,Nek Ngah,Pak Long,Mak Long,Abang Kecik,Abang Besar,AbangKawasan yang duk toreh getah,yang duk tanam padi,yang duk bagi UNDI kat BN dalam PRU yang lalu tak faham segala tok nenek terminalogi untuk merasionalkan tindakan PM ini.

Mereka faham satu je....

Setiap kali harga minyak naik yang menerima kesannya adalah mereka walaupun dah beratus kali Kerajaan berjanji akan memastikan kenaikan harga petrol/diesel tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan.

Kalau yang dah lupa JANJI DITEPATI Perdana Menteri tentang kaedah yang digunapakai bagi menentukan harga minyak semasa cuba Google balik....Nanti kalau kita sembang pasal "donwntrend" harga minyak mentah dunia semasa yang berlaku ketika ini tak habis lak bertekak 7 hari 7 malam.Haritu kata harga naik sebab "uptrend",takkan sekarang nak kata pula naik sebab "downtrend"?

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment