Wednesday, September 4, 2013

Akhirnya GST diperkenalkan, lagi hadiah istimewa dari Najib selepas kenaikan Ron95 dan Diesel

BERITA YANG MEMBAWA KEGEMBIRAAN KEPADA RAKYAT YANG MENGUNDI UMNO/BN PADA PRU 13 LALU!!!! ... CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (CBP) ATAU GOODS SERVICE TAX (GST) AKHIRNYA AKAN DIPERKENALKAN JUGA!!!!!


Tahniah dan syabas setingginya diucapkan kepada rakyat yang memberi undi dan sokongan padu kepada UMNO/BN terutamanya rakyat luar bandar, pendalaman, rancangan-rancangan FELDA, para pengundi pos dan awal.

Akhirnya kerajaan pimpinan kesayangan dan kemgahan kalian Najib Razak akan tetap juga memperkenalkan GST .. Gasak Sampai Terburai sebanyak 6% setiap barang.

Maksudnya setiap barang akan naik harga sebayak 6 peratus selepas dilaksanakan.

Belum reda dengan kenaikan Ron95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter diikuti dengan permintaan dan kata-kata keras pihak pengendali pengangkutan awam untuk naikan tambang sehingga 30%, kini rakyat akan diberikan hadiah istimewa lagi dari Najib Razak sebagai tanda ucapan terima kasih dan membalas budi.

Bersyukur dan berterima kasihlah... Jika bantah sila berpindah ke negara lain atau tidak pun duduklah dalam hutan. Kalau berdegil sangat nanti kerakyatan akan disyorkan ditarik balik oleh para pembodek UMNO.

BN MENANG HIDUP RAKYAT SEMAKIN MALANG ... PR KALAH TERNYATA RAKYAT HIDUP SUSAH!!!!- omakkau

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment