Monday, August 5, 2013

Tetiba Muhyiddin buat hal, jeng jeng jeng..

Seperti mana kerajaan Malaysia mengiktiraf ISRAEL, begitu juga kerajaan Malaysia mengiktiraf IRAN !...TETAPI PAS pula yg difitnahnya... - ~Arabic~

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini. mk

dalam sebulan ni tetiba je umno meroyan pasal syiah, hehehehehehe tetiba lak tpm g melawat negara yg diorang haramkan anutannya. jeng jeng jeng - Johor Born

Muhyiddin ke negara Syiah hadiri pelantikan Presiden baharu negara itu..
Akhirnya terdedah juga bahawa isu Syiah yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan juga media tunggangan mereka hanyalah bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat terutamanya yang berbangsa Melayu dan berugama Islam dari masaalah sebenar yang dihadapi..

Umum mengetahui bahawa Iran adalah bumi kepada penganut Syiah, dan di Malaysia fahaman Syiah ini akan dan ada negeri yang telah memfatwakannya sebagai haram.

Dan Kerajaan Barisan Nasional juga dikatakan tidak menyokong sama sekali fahaman Syiah ini..

Muhyiddin telah berkata "Pengaruh Syiah dari negara Iran ada di sini dan cuba disebarkan di kalangan masyarakat. Ini satu masalah besar bukan sahaja sistem pendidikan tetapi masyarakat Islam, jadi saya mahu tindakan segera diambil bagi mengelak perkara ini terus merebak,".

Tak sokong konon.. tapi..Muhyiddin Yassin telah ke Teheran, Iran pada Ahad sebagai mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran. -ASD

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment