Wednesday, August 21, 2013

Siapalah anda jika hendak dibandingkan dengan Tajuddin Ramli.

Peminjam PTPTN bagai jatuh ditimpa tangga
Peminjam PTPTN akan disenaraikan di CCRIS mulai Aug 2013
di senarai hitam oleh seluruh bank di malaysia.. sesiapa yg ada bayaran tertunggak selama 3 bulan berturut2..

byr jangan tak byr,, pr offer education free minoriti penyokong umno tolak, skg mcm mana?

Jgn salahkan BN tetapi salahkan mak bapak yg memangkah BN.. huhuhu

Jelaskan kenapa hapus hutang Tajudin, kejar PTPTN
KUALA LUMPUR,- Kerajaan mesti jelaskan dahulu mengapa hutang Tan Sri Tajudin Ramli boleh dihapuskira sedangkan para pelajar diburu untuk menuntut hutang mereka kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Tidak payah cakaplah PTPTN kecualikan pembayaran semula kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat kelas pertama atau yang setaraf dengannya.

"Beritahu dahulu kepada semua peminjam PTPTN mengapa hutang Tajudin RM589 juta boleh hapuskira sedangkan para pelajar yang meminjam dari PTPTN diburu dengan bengis dan kasar," katanya ketika menolak tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan perkara itu untuk mewajarkan PTPTN.

Mohamad juga mengecam Muhyiddin yang mengungkit-ungkit subsidi kerajaan kepada pendidikan rakyat.

"Itu tanggungjawab kerajaan. Dia ingat rakyat bayar cukai untuk apa kalau bukan untuk dikembalikan kepada kepentingan rakyat?

"Mengapa tak beritahu apakah usaha kerajaan untuk teroka bidang dan pelaburan baru untuk tingkatkan pendapatan negara.

"Sejauh manakah kerajaan memperbaiki sistem kutipan cukai sehingga pada kadar yang optima di semua pintu masuk barangan import ke negara ini? Jawab perkara-perkara yang rakyat mudah faham dahulu," katanya.

Mohamad mengingatkan, daripada membebel tentang subsidi kepada pendidikan rakyat yang memang menjadi kewajipan kerajaan, lebih baik kerajaan mencari jalan untuk meminimumkan ketirisan, penyelewengan, rasuah dan amalan perniagaan tidak adil yang menguntungkan kroni-kroni para pemimpin negara yang menyebabkan negara menanggung kerugian berbilion-bilion ringgit.

"Saya tetap yakin, jika diminimumkan ketirisan, penyelewengan, rasuah dan amalan perniagaan tidak adil yang menguntungkan kroni-kroni para pemimpin negara, berbilion-bilion ringgit wang negara dapat dijimatkan seperti yang dibuktikan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berjaya menjimatkan puluhan juta wang negeri itu.

"Itu belum lagi diambilkira jika wang Petronas digunakan dengan bijaksana seperti yang dihuraikan oleh (Pengarah Strategi PKR) Rafizi (Ramli)," katanya.

Sebelum ini, Mohamad pernah menyatakan, jika dapat dijimatkan wang dari subsidi RM17 billion setahun menangung Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara, RM45 bilion setahun dapat dijimatkan dan negara sepatutnya tidak ada masalah lagi hendak menanggung RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Malah, katanya lagi, itu belum lagi diambil kira jika dapat diselamatkan RM10 bilion setahun kerugian yang ditanggung oleh negara akibat rasuah seperti yang didedahkan oleh agensi kerajaan sendiri, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).

Dalam apa yang dilihat sebagai usaha berhempas pulas untuk mempertahankan sikap kerajaan yang berkeras tidak mahu menghapuskan PTPTN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum itu berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan kerana terpaksa membelanjakan RM43 bilion jika tabung itu dimansuhkan.

Mohamad bagaimanapun yakin tindakan kerajaan yang berkeras mempertahankan PTPTN itu akan menambahkan lagi kemarahan para peminjam PTPTN dan keluarga mereka.

"Saya diberitahu oleh para pelajar dan anak-anak muda kita yang aktif dalam laman-laman sosial bahawa ramai pelajar dan bekas pelajar yang dahulu sungguh-sungguh membela kerajaan Umno sekarang sungguh-sungguh pula tak sabar menanti pilihan raya untuk mengajar Umno.

"Pertanyaan-pertanyaan seperti mengapa pinjam RM48,000 tetapi kena bayar balik RM63,000 dan kata-kata yang mengejek PTPTN sebagai along sekarang begitu popular di kalangan mereka," katanya.

Mohamad juga menyampaikan salamnya kepada para pelajar yang kini berkemah di Dataran Merdeka menuntut penghapusan PTPTN.

"Saya sekarang di Miri. Apabila pulang nanti, saya akan segera menemui mereka," katanya. -harakahdaily

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment