Wednesday, August 28, 2013

Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook?

Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi.


Semakan The Malaysian Insider terhadap "Global Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus).

Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.

Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook.

Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun.

Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh.

"Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus.

"Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat.

"Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar,” katanya.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui kegagalan.

Terdapat beberapa kes individu ditahan disebabkan kenyataan menghina yang dikeluarkan di laman Facebook milik mereka, antaranya seorang wanita yang menggunakan nama "Melissa Gooi" dalam Facebook dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Selain itu, Ahmad Abd Jali yang dikatakan menghina Sultan Johor di laman Facebook didakwa menjadi miliknya turut ditahan, namun dibebaskan.

Kes blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee turut ditahan kerana memuat naik gambar "berbuka puasa dengan Bak Kut Teh" ketika Ramadan dan dikatakan menghina umat Islam di negara ini.

Pasangan Tan dan Lee masing-masing ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang pada 18 Julai lepas selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Seminggu kemudiaan, pasangan tersebut dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin setiap orang.

Pasangan terbabit berhadapan tiga pertuduhan, iaitu berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam 'Selamat Berbuka Puasa' di Facebook dan memuat naik gambar lucah di blog mereka. -TMI

Kerajaan akan merayu kepada Facebook untuk dapat data 197 pengguna, kata Ahmad Shabery
Kerajaan akan merayu kepada Facebook untuk mendapatkan maklumat peribadi 197 pengguna laman sosial itu, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, Facebook berhak menolak permohonan kerajaan malah pastinya laman media sosial itu mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka menolak permohonan itu.

"Aduan kepada Facebook beratus juta sehari maka pastinya pihaknya memilih untuk melayan aduan tersebut," katanya semasa ditemui pemberita di pusat membeli belah Pavilion, Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, laporan kepada Facebook bukan sahaja datang dari kerajaan seluruh dunia malah pemilik akaun individu juga mempunyai masalah dengan kandungan laman sosial berkenaan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi.

Semakan terhadap "Global Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus).

Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.

Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook.

Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun.

Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh.

"Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus.

"Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat.

"Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar,” katanya. – 28 Ogos, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment