Friday, August 2, 2013

Pendedahan sensasi P Bala

Lebih dramatik lagi apabila dengan secepat kilat Bala menarik balik dakwaannya berkaitan Najib melalui afidavit kedua.
Bahagian Akhir
Di antara banyak drama, barangkali tidak ada yang dapat menandingi kehebatan dari segi sensasinya daripada yang dicipta oleh mendiang penyiasat peribadi P Balasubramaniam.
Dalam afidavitnya yang pertama yang dikeluarkan pada 3 Julai 2008, Bala mendakwa Altantuya sebenarnya adalah bekas perempuan simpanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Razak adalah orang kepercayaan Najib.
Maklumat ini disampaikan kepada Bala oleh Razak dan Altantuya pada masa yang berbeza melalui perhubungannya dengan kedua-dua Razak dan Altantuya, ketika beliau bertugas sebagai penyiasat peribadi bagi melindungi Najib daripada diganggu oleh bekas perempuan simpanannya.
Malahan lebih dramatik lagi apabila dengan secepat kilat Bala menarik balik dakwaannya berkaitan Najib melalui afidavit kedua yang dikeluarkan pada pagi esoknya (4 Julai 2008). Ini diikuti dengan ‘kehilangan’ kesemua anggota keluarga Bala dari Malaysia dalam tempoh beberapa jam sahaja afidavit itu dibacakan kepada umum.
Kita mendapat tahu kemudian bahawa keluarga Bala dipaksa keluar negara selepas mengeluarkan afidavit kedua dan melalui berbagai rintangan di beberapa buah negara sebelum bermastautin di Chennai, India.
Cerita yang kita boleh cantumkan melalui persekongkolan pelakon-pelakon yang relevan dan tidak boleh dipertikai dalam episod Bala, ialah Bala sendiri, Deepak Jaikishan (kawan baik isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor) dan Americk Singh Sidhu (peguam Bala) adalah seperti berikut:
Pada hari Bala mengeluarkan afidavit yang pertama, Rosmah mengarahkan Deepak supaya membuat persiapan agar Bala menarik balik tuduhan-tuduhannya dan kemudian melarikan diri bersama keluarganya ke luar negara.
Pada malam hari itu juga (3 Julai 2008), di bawah perancangan Deepak, Bala menemui adik Najib, Nazim (dan isterinya). Beliau menawar RM5 juta kepada Bala di atas kerjasama beliau untuk menarik balik ceritanya dan segera meninggalkan negara ini bersama keluarganya.  Keselamatan keluarga Bala tidak terjamin sekiranya Bala enggan.
Kemudian peguam Cecil Abraham yang menerima arahan daripada Najib, bekerja sepanjang malam tersebut untuk menyediakan afidavit kedua Bala. Setelah siap, Bala menandatanganinya.
Pada awal pagi keesokan harinya, Bala mengeluarkan afidavit keduanya dengan kehadiran beberapa pemberita. Kemudian selepas itu pada hari yang sama, Bala dan keluarganya bertolak ke Singapura melalui Tambak Johor di mana mereka sekeluarga menaiki pesawat ke Bangkok, sebelum pergi ke Kathmandu (Nepal), Delhi, Madras dan akhirnya chennai.
Pendedahan maklumat-maklumat ini oleh Bala, Deepak dan Americk dibuat secara terbuka dan berasingan pada masa yang berbeza. Malahan dirakam oleh video dan disebar secara meluas melalui Internet.
Hairannya, pihak berkuasa dan Najib berdiam diri berhubung pendedahan yang memalukan ini. Secara logiknya, jika fakta-fakta ini tidak benar, tidakkah mereka boleh disiasat oleh polis dan didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah?
Persoalan belum dijawab
Malahan, selain dari peristiwa-peristiwa ini yang tidak memihak dan menguntungkan Najib, banyak persoalan yang belum dijawab dan terus berlegar berhubung cara kes ini dikendalikan hingga menimbulkan kecurigaan, seperti:
1. Kenapa tokoh utama yang mempunyai hubungan rapat dengan kes ini tidak disiasat oleh polis atau dipanggil sebagai saksi di mahkamah:
Pembantu Najib, Musa Safri yang mengarahkan dua pembunuh Altantuya yang juga pegawai keselamatan peribadi Najib untuk bertemu Abdul Razak Baginda dengan tujuan untuk menolong Razak dan keluarganya dari diganggu oleh Altantuya.
Pegawai khas Najib, Nasir Safar yang muncul di hadapan rumah Razak di mana Altantuya menunjukkan isyarat dan kemudian dibawa keluar oleh dua pengawal peribadi pada hari pembunuhan pada 19 Oktober 2006.
Najib adalah bos kepada Musa Safri, Nasir Safar dan dua pengawal peribadi, termasuk seorang kawan rapat dan juga bos Razak Baginda.
2. Kenapa mahkamah menolak isu utama dalam kes ini – motif pembunuhan, yang bercanggah dengan semua logik?
3. Kenapa hakim, pihak pendakwa dan peguambela digantikan secara tiba-tiba sejurus sebelum perbicaraan bermula?
4. Kenapa afidavit Bala yang mengandungi isyarat-isyarat penting yang baru dalam kes ini, diharamkan dari mahkamah tanpa alasan yang kukuh?
5. Sejak Razak Baginda, yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu, dibebaskan tanpa dipanggil untuk pembelaan, maka siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut?
Soalan-soalan yang tidak terjawab ini dan peristiwa aneh yang berlaku di dalam dan luar bilik mahkamah dengan sendirinya menjelaskan hubung kaitnya dengan Najib dengan kes pembunuhan ini.
Yuran perkhidmatan atau rasuah?
Berhubung dengan dakwaan Jasbir Singh bahawa RM500 juta yang dibayar kepada Perimekar bukannya rasuah tetapi yuran yang layak diterima, kita jangan lupa bahawa Perimekar hanyalah sebuah agensi pelancongan ketika diberi kontrak.
Memandangkan syarikat itu mempunyai bilangan staf yang kecil untuk menjalankan kerja-kerja, termasuk kepakaran yang tinggi dalam penyelenggaraan kapal selam, “kerja-kerja penyelarasan, perkhidmatan integrasi dan pengurusan projek” seperti mana yang didakwa oleh Jasbir, maka adakah mereka layak?
Di samping itu, pengeluar kapal selam Peranchis DCN yang menyatakan: “Perimekar tidak lebih dari sebuah agensi pelancongan, harga atau kos kontrak sengaja dinaikkan dan fungsi sokongan adalah tidak jelas.
Benar, syarikat itu mencatat keuntungan untuk pemegang-pemegang sahamnya pada kadar yang sukar dipercayai, menurut dokumen yang diserahkan kepada mahkamah Peranchis yang kini sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam urus niaga Scorpene ini.
Namun ada cara mudah untuk menyelesaikan kontroversi yang menyelubungi skandal rasuah ini:  Adakah urus niaga Perimekar ini telah disiasat dan akaunnya berhubung projek ini telah diaudit oleh sebuah panel bebas? Jika telah dibuat maka kebenaran akan terserlah.
Melainkan pemimpin Umno mempunyai keberanian untuk menerima cabaran ini dan menyanggah fakta-fakta yang mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya ini, maka mereka ini dinasihatkan supaya berheni dari menyalahkan para pengkritik dalam skandal ini.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment