Thursday, August 22, 2013

Orang jahat nyawa liat.?

Maklumat dari al-Jazeera:
Berita palsu tentang kematian As-Sisi sedang tersebar ke seluruh dunia. Sehingga berita ditulis jam 1.00 petang waktu Mesir (Malaysia 7 ptg), Al-Sisi masih hidup.



Berita dari FMT :
Al Sisi meninggal akibat serangan jantung
August 22, 2013
Beliau dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir.

PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.

Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.

Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.

Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.

Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.

Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan. FMT

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment