Thursday, August 1, 2013

Muhiyuddin Tidak Perlu Takut Dengan Bangkangan Dong Zong

Kementerian Pendidikan akan mula melaksanakan Plan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) pada September ini seperti mana dirancangkan. Tujuan perlaksanaan plan itu antara lain untuk memantapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini bukan saja di kalangan pelajar bukan Melayu tetapi pelajar Melayu juga.

Langkah itu tepat dan sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu (Malaysia) yang ikhtirafkan sebagai bahasa rasmi negara. Seperti mana juga dengan kedudukan agama Islam yang di dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi, apa juga usaha mendaulat dan memartabatkan bahasa Melayu perlu disokong tanpa berbelah bagi dan ada rasa prejudis.

Sudah tentu matlamat plan berkenaan bukan saja setakat itu tetapi ia memakrifatkan matlamat dan makna lebih jauh dari itu untuk menjadi wahana baru ke arah perpaduan negara ini. Usaha kerajaan untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum akan tercapai menerusi plan berkenaan.

Plan itu juga merupakan transformasi pendidikan di negara ini.

Tujuan baik itu tidak perlu disangsikan oleh mana-mana pihak. Sebaliknya semua pihak patut menyokong dan bersungguh-sungguh menjayakan plan berkenaan. Percaya dan yakinlah apa juga plan dan strategi bukan bagi melemahkan kedudukan negara tetapi mengukuh dan memantapkan semua aspek kenegaraan.

Anggapan plan berkenaan untuk menghapuskan bahasa Cina seperti mana didakwa oleh Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) adalah satu dongengan dan kenyataan tidak berasas serta karut marut dan bersifat prejudis. Alasan digunakan itu tidak lebih daripada provokasi tidak sihat untuk menggagalkan usaha kerajaan demi memantapkan kedudukan bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan.

Sepatutnya semua perlu sedar dan insaf bahasa adalah alat perpaduan dan persefahaman kaum di mana ia tidak wajar dipolitik demi kepentingan diri atau puak sendiri. Dong Zong misalnya seharusnya menjadi pelopor kepada perpaduan dan persefahaman menerusi bahasa kebangsaan itu. Mengenai plan pendidikan ini Dong Zong berdiri sama menjayakannya bukan cuba menggagalkannya.

Mengenai perkara ini Muhyiddin Mohd Yassin selaku Menteri Pendidikan tidak perlu tunduk dan takut dengan desakan Dong Zong. Beliau harus meletakkan keutamaan negara dalam hal ini konteks pendaulatan bahasa dalam usaha mengeratkan perhubungan kaum daripada melayan kehendak-kehendak kelompok yang berkepentingan dan sengaaj tidak mahu memahami keadaan.

Saya kira sudah acap kali kerajaan berlembut di dalam hal-hal seperti ini hanya kerana ada suara desakan. Selagi selama kerajaan berlembut dan tidak bersikap tegas dalam perkara seperti ini selama itu nawaitu yang murni itu tidak akan tercapai dan ia secara tidak langsung memberi ruang kepada pihak-pihak penentang seperti Dong Zong itu untuk terus mengeraskan kulit kepala mereka.

Bahasa Cina tidak akan terhapus seperti mana dibimbangi oleh Dong Zong dengan terlaksananya plan transformasi berkenaan. Dan pada hemat saya bukan itu pun tujuan kerajaan memperkenalkan plan berkenaan. Dalam keadaan bahasa Cina - penggunaannya kian meluas di negara ini ada kalanya mengatasi bahasa Melayu sendiri, adalah tindakan menyusahkan kalau kerajaan berhasrat begitu.

Orang Cina khasnya Dong Zong jangan terlalu sombong dalam menjaga hak mereka dan memperluaskan daerah penguasaan peribadi ke atas apa juga bentuk dan suasana di negara ini. Orang Cina patut bersyukur dengan apa yang ada hari ini. Contohnya mengenai penggunaan bahasa Cina itu sendiri, apa lagi yang dimahui kerana apa yang ada sudah melebihi daripada sepatutnya.

Orang Cina bukan saja mempunyai sekolah atau instutusi pendidikan sendiri yang bebas menggunakan bahasa Cina sepenuhnya, tetapi orang Cina juga memiliki suruat khabar dalam bahasa Cina. Bukan satu tetapi lebih dari tiga buah surat khabar. Kalau hendak diikutkan perasaan dan sentimen, kebebasan dan kelulusan menerbitkan akhbar dalam bahasa Cina sudah tidak layak. Atau ianya hanya wajar dibenarkan setakat dua jenis saja.

Umum tahu orang Melayu tidak tahu berbahasa dan memahami bahasa Cina. Kebenaran diberikan kepada orang Cina menerbitkan akhbar itu satu keistimewaan di mana keistimewaan itu tidak ada kepada orang Melayu. Kenapa saya berkata begitgu kerana semua akhbar milik orang Melayu diterbitkan dalam bahasa kebangsaan (Melayu) yang boleh difaham dengan muda oleh orang Cina dan India.

Saya tidak mahu menganjurkan orang Cina berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang berlaku. Tetapi tindakan-tindakan kerajaan untuk mendaluatkan kedudukan bahasa demi perpaduan dan solidariti hendaklah disokong dan jangan dimomokkan dengan bayangan ketakutan lain yang merugikan semua pihak.

Kesimpulannya diharap Muhyuddin Mohd Yassin tidak akan berganjak dengan hasrat murni kerajaan itu, teruskan. Mungkin kalau ada bantahan berterusan dan Dong Zong tatau entiti Cina lain tidak juga menerima realiti, mungkin badan-badan bahasa, budaya serta Ngo yang tulus untuk melihat tercapainya perpaduan menerus bahasa seperti dihasratkan itu perlu bangkit melenyapkan suara pesimis dan skeptikal Dong Zong itu. [wm.kl.10:43 am 01/08/13]

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment