Tuesday, August 27, 2013

Maka benarlah kata Tun Mahathir hanya yang bodoh kini bersama UMNO

Lokman Noor Adam kini lambang tandusnya kepimpinan dalam UMNO...
Lokman Noor Adam adalah antara individu yang dilaporkan turut bertanding dalam pemilihan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Hasil undian sebuah Blog Pro UMNO menunjukkan beliau talah mendahalui Jamawi Jaafar, Nasir Husin, Mohd Iruan Zulkefli, Shaik Hussein Mydin dan Khairol Azwan Harun yang turut bertanding bagi merebut kerusi itu.

Dalam masa yang sama apa yang ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO yang mengundi itu ialah UMNO sememangnya ketandusan pemimpin pelapis untuk diketengahkan sebagai pemimpin.

Hingga menyebabkan mereka terpaksa menerima dan menyokong Lokman Adam yang merupakan bekas Setiausaha Pemuda Keadilan dan Ahli Majlis Tertinggi yang akhirnya dipecat setelah beliau menyertai semula UMNO pada 26.1.2004.

Adakah mereka yakin bahawa Lokman akan kekal bersama UMNO andaikata UMNO dan BN tersungkur suatu hari nanti sedangkan telah terbukti beliau bukanlah seorang individu yang setia kepada perjuangan.

Beliau adalah seorang individu yang pernah belot terhadap UMNO dengan menyertai Keadilan dan kemudiannya belot pula terhadap Keadilan dengan menyertai UMNO semula..

Setelah dibebaskan dari ISA seorang sahabat telah menceritakan bahawa Lokman telah bersuara mengatakan beliau sendiri bosan dengan keadaan hidupnya pada waktu itu.

Sudahlah selama dua tahun berada dalam tahanan ISA, bila dibebaskan beliau masih gagal untuk memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarganya.

Ini kerana, beliau terpaksa mengadakan siri ceramah ke seluruh negara, sedangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menampung perbelanjaan seharian.

Bayangkan beliau harus memenuhi setiap undangan ceramah yang diadakan pada setiap hari, hinggakan masa bersama keluarga terus terbiar begitu sahaja, sudahlah dua tahun tidak bersama.

Apa yang menjadi masalahnya ialah faktor ekonomi. Lokman pada ketika itu terjebak dalam masalah ekonomi yang kritikal.

Walaupun beliau sayangkan perjuangan! Namun perjuangan hidup itu adalah yang paling utama, demi kebahagiaan anak-anak serta keluarga . sila baca di SINI untuk mengetahui apa lagi yang beliau luahkan..

Kerana ekonomi yang semakin menekan beliau akhirnya mengambil jalan keluar meninggalkan perjuangan untuk meneruskan perjuangan hidupnya yang sebenar dengan menyertai UMNO.

Setelah menyertai UMNO, Lokman menyerang sahabat baiknya sendiri yang selama ini membimbingnya dalam Keadilan iaitu Ezam Mat Nor.

Malah mungkin kerana bimbang Ezam akan memintasnya dalam UMNO beliau juga mendedahkan sebab sebenar Ezam Mat Nor menyertai UMNO setelah Ezam turut menyertainya bersama UMNO.. sila baca di SINI

Apa yang ahli-ahli UMNO harapkan dari Lokman ini sebenarnya?.. nak dikatakan punya kredibiliti untuk memimpin.. beliau bukanlah seorang pemimpin kerana jawatan yang disandangnya dalam Keadilan dulu hanyalah lantikan..

Tidakkah ahli-ahli UMNO sedar ketika Lokman menjawat jawatan Exco Pemuda Malaysia, Khairy Jamaluddin telah meletakkan Unit Pidato Pemuda UMNO dibawah Lokman dan hasilnya.. tak ada hasilpun,, hanya menghabiskan beras..

Baca bagaimana Lokman menghentam UMNO dan pemimpinnya ketika beliau bersama Keadilan..

KENYATAAN MEDIA
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein dan Azimi Daim, Ketua Penerangannya yang disiarkan dalam Berita Harian pada 22 Februari lalu jelas menggambarkan ketenatan UMNO (Baru) yang sarat dengan pelbagai penyakit yang selalunya hanya dijangkiti oleh parti tua.

Akhirnya Pergerakan Pemuda parti yang baru berusia 13 tahun dan sepatutnya semakin gagah itu terpaksa merayu dan mengemis simpati Pimpinan PAS untuk menyedekahkan sedikit oksigen bagi membolehkan mereka bernafas dalam atmosfera yang penuh dengan kemarahan serta kebencian rakyat terhadap UMNO.

Hentikanlah cubaan terakhir untuk menyelamatkan parti yang bakal dikuburkan oleh rakyat dengan menunding jari ke arah orang lain apabila harapan kamu untuk melihat kejayaan perbincangan yang akan menentukan masa depan UMNO semakin malap.

Pimpinan PAS bukan seperti Pemimpin UMNO yang boleh digoreng dengan mudah oleh Dr. Mahathir. Jangan palsukan fakta sebenar perbincangan Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS dengan menuduh KeADILan dan Pemuda PAS sebagai dalang yang cuba mengagalkan perbincangan tersebut. Tiga tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal PAS bukanlah syarat baru sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media sebagai helah terbaru PAS untuk menggagalkan perbincangan berhubung Perpaduan Nasional dan isu-isu Negara antara UMNO dan PAS.

Sejak pertemuan pertama Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS pada 8 Februari lalu, tiga tuntutan tersebut sudah dikemukakan sebagai syarat yang mesti dipenuhi oleh UMNO sebelum pimpinan kedua-dua parti bertemu.

Hisham dan Azimi sewajarnya sedar bahawa apabila Dr. Mahathir mengumumkan bahawa UMNO bersetuju untuk bertemu dengan PAS pada 19 Februari 2001, ini secara tidak langsung bermakna UMNO bersetuju untuk memenuhi 3 tuntutan itu sebelum perbincangan dijalankan.

Tindakan menangguhkan perbincangan tersebut adalah wajar dan sudah pasti akan di ambil oleh mana-mana pihak termasuk UMNO memandangkan syarat untuk berbincang tidak dipenuhi hingga 18 Februari iaitu sehari sebelum tarikh pertemuan wakil kedua-dua parti.

Keputusan Jawatankuasa PAS Pusat menzahirkan kesungguhan PAS untuk memperjuangkan nasib rakyat dan sewajarnya disokong oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO. Tuntutan agar royalti minyak dipulangkan adalah hak rakyat Terengganu untuk mentadbir dan membangunkan negeri tersebut dengan mengunakan hasil buminya. Tuntutan agar hak untuk menerbitkan Harakah dikembalikan kepada dua kali seminggu juga adalah hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pandangan yang telah dicabuli oleh Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh pemimpin UMNO.

Hak warganegara Islam Malaysia yang menyertai PAS untuk menggunakan perkataan Islam pada nama parti mereka juga tidak sewajarnya cuba dinafikan oleh perwakilan UMNO. Lebih-lebih lagi PAS cukup konsisten memperjuangkan Islam selaras dengan dasar perjuangan mereka jika dibandingkan dengan UMNO yang sepatutnya sudah lama mengugurkan perkataan “Melayu” dari nama parti mereka kerana sudah tidak lagi disokong apatah lagi memperjuangkan nasib orang Melayu.

Saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia menyokong penuh pendirian PAS untuk mengemukakan tiga tuntutan agar hak rakyat itu dikembalikan oleh UMNO sebelum perbincangan dijalankan. Tuntutan tersebut sebenarnya adalah terlalu ringan kerana pertemuan ini adalah antara mangsa rompakkan dengan penyamun besar negara. Maka sewajarnya mangsa rompakan itu meminta penyamun tersebut memulangkan haknya sebelum mereka setuju berbincang tentang pekara yang lebih besar.

Kepada Hisham dan Azimi saya nasihatkan agar ubahlah kaedah pendekatan kerja buat kalian untuk menyelamatkan kapal yang sedang karam itu.

Jika kalian mahu mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap parti uzur kalian, inilah masanya untuk kalian bangkit memperjuangkan nasib penoreh getah, penanam kelapa sawit, padi dan kelapa yang sengsara akibat kejatuhan harga produk keluaran mereka.

Tentanglah kenaikan harga barangan yang cukup membebankan rakyat seperti petrol, bekalan air, kadar insuran kenderaan, tol, kos ubat-ubatan dan ratusan harga barangan lain yang melambung secara mendadak kebelakangan ini.

Dan terakhir sekali tolonglah kawal nafsu serakah pimpinan kalian seperti Mahathir dan Daim yang tidak habis-habis merompak dana rakyat untuk menyelamatkan kroni dan suku-sakat mereka.

Jika ini dapat dijadikan agenda perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO (baru), saya yakin tidak mustahil suatu hari nanti akan ada yang bersimpati dan menghulurkan tangan untuk memperbaiki kebocoran kapal yang dipimpin oleh diktator tua yang menanti ajal itu.

LOKMAN ADAM
22 Februari 2001
Setiausaha Pemuda KeADILan Malaysia

Akhirnya.. dalam parti yang dianggapnya sebagai Kapal bocor dipimpin diktator tua itu juga Lokman berharap untuk meneruskan perjuangan hidupnya... Perjuangan hidupnya bukan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara..

Apa dalam UMNO ni dah tandus sangat dengan pemimpin ke hingga terpaksa mengangkat pembelot yang sudah dua kali membelot perjuangan sebagai pemimpin?

Jika benar begitu maka benarlah kata Tun Mahathir hanya yang bodoh kini bersama UMNO kerana menurut bekas seorang pemimpin tertinggi Keadilan.. ".... jangan kau terlanggar lutut Lokman, sebab otak dia kat lutut..."

Dan buat ahli UMNO yang akan memilihnya dalam PAU nanti.. siasat dulu siapa yang sering bermain golf dengan Lokman ini.. ASD

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment