Wednesday, August 21, 2013

Konsert Metallica di M’sia di kala bumi Mesir berdarah

KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan.

Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, solat ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal.

“Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh seperti di bawah.

Konsert kumpulan rock terkenal Metallica dijadualkan akan diadakan pada malam esok di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia diluluskan oleh kerajaan dengan promosi, kemudahan serta harga tiket yang lumayan dan mendapat tempat strategik di ibu negara.

Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan.

Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, Solat Ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal.

Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia.

Mungkin beralasan ianya dirancang lebih awal, namun jika dihayati, apa faedahnya meluluskan konsert Linkin’ Park sebelum itu dan Metallica pada malam esok diadakan di negara ini?

Bukanlah suatu kesalahan masyarakat berhibur kerana hiburan itu adalah naluri manusiawi.

Namun pilihlah hiburan yang menepati jiwa manusia, bukan unsur melampau dan memekakkan telinga serta mengandungi mesej dan makna yang tidak keruan.

Sampai tahap inikah kerajaan mahu melalaikan masyarakat terutama umat Islam dalam hiburan?
Perlukah meraikan kehendak atau kegilaan anak-anak muda terhadap rentak keras yang melampau serta irama yang memekakkan telinga dengan thrash metal seperti itu?

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment