Wednesday, August 21, 2013

Kabinet tolak cadangan PTPTN senarai peminjam bawah CCRIS - Tahniah KJ

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).


Keputusan itu dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui satu kenyataan di akaun Facebooknya selepas mesyuarat kabinet hari ini.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh pada Isnin lepas mengumumkan cadangan berkenaan yang bertujuan mahu menggalakkan peminjam PTPTN membayar balik kemudahan pembiayaan pendidikan yang mereka terima bagu membolehkan faedah itu dinikmati oleh orang lain.

CCRIS ialah sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam seperti yang dilaporkan oleh institusi kewangan. Melalui sistem itu, mana-mana peminjam PTPTN yang ingkar membayar semula akan berdepan masalah untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman yang lain termasuk perumahan, kenderaan, sewa beli dan lain-lain.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kabinet-tolak-cadangan-ptptn-senarai-peminjam-bawah-ccris-20756?cp

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular