Monday, August 5, 2013

Jgnlah haraplah ia disiarkan di mediamassa KERjaan milik BN

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE IPTA PERINGKAT DIPLOMA BAGI SESI AKADEMIK 1 TAHUN 2013/2014 & PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH BAGI SESI AKADEMIK 2 TAHUN 2012/2013
PADA 3 OGOS 2013 DI DEWAN SRI PINANG


Turut hadir, T/KM I dan II, Setia Usaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dari tahun 2008 sehingga tahun 2010, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang hanya menetapkan kuota 500 pemohon sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk menerima bantuan pendaftaran RM500 ini setiap tahun. Sejak i-Beta diperkenalkan secara talian pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah menaikkan bantuan pendaftaran ini sebanyak RM1000 tanpa sebarang kuota ditetapkan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun lepas telah mengumumkan pemberian bantuan pendaftaran RM1,000 kepada bakal-bakal mahasiswa-mahasiswi yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan syarat salah seorang ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan. Pemberian bantuan ini hanyalah untuk pelajar tahun pertama sahaja.

Bantuan pendaftaran IPTA RM1000 ini dibuka kepada semua bakal mahasiswa-mahasiswi yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda IPTA dengan syarat salah seorang ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM4000 sebulan.

Ini merupakan salah satu daripada program kebajikan emas yang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah putuskan dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang hasil urus tadbir CAT yang kerajaan PR Pulau Pinang amalkan sejak tahun 2008. Program- program kebajikan ini telah membuktikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengotakan setiap janji yang dibuat tanpa mengira latar belakang keluarga dan warna kulit.

Semua pemohon dikehendaki mengisi permohonan secara talian di i-Beta dan seterusnya menghantar dokumen- dokumen yang berkaitan di Pejabat Daerah masing-masing.

Dimaklumkan seramai 924 pemohonan telah terima dalam sistem i-Beta yang telah dibuka permohonannya pada 21 Mei 2013 sehingga 1 Julai 2013.

Walaubagaimanapun seramai 351 pemohon sahaja yang berjaya menerima bantuan pendaftaran RM1000 ini. Ini disebabkan terdapat pemohonan-pemohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuk kegagalan menghantar salinan dokumen-dokumen yang diperlukan ke Pejabat Daerah masing-masing.

Pemberian bantuan pendaftaran RM1000 kepada pelajar hari ini merangkumi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma bagi sesi akademik 1 (first intake) tahun 2013/2014 dan juga pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah bagi sesi akademik 2 (second intake) tahun 2012/2013.

Pendaftaran i-Beta masih dibuka untuk pengambilan peringkat ijazah bagi sesi 1 tahun 2013/2014 sehingga 30 September 2013.

MACAM MANA PERKASA, PEMUDA UMNO DAN JATI TAK NAIK DARAH!!!!..PEMIMPIN DAP NEGERI PULAU PINANG ASYIK BERI BANTUAN KEPADA MASYARAKAT MELAYU/ISLAM TIDAK KIRA MASA!!!!


Rakaman gambar Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang YB Puan Chong Eng merangkap ADUN Padang Lalang, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan,Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian bersama-sama dengan Muslimah PAS menghulurkan dan menyampaikan bantuan yang dikeluarkan dari tabung Zakat Negeri kepada mereka yang layak dan memerlukan sebentar tadi.

Jelas bantuan dan sumbangan diberikan tanpa mengambil kira fahaman politik, anutan agama dan keturunan bangsa. Omakkau.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular