Thursday, August 1, 2013

Jenayah meningkat, apa penyelesaiannya?

Jenayah kini semakin menjadi-jadi. Dari jenayah ragut, pecah rumah, pecah mesin ATM, rogol, bunuh, sumbang mahram, rompakan bank, curi kereta, curi motosikal dan berbagai-bagai lagi. Jumlahnya semakin meningkat seolah-olah kita berada dizon yang bahaya dan tidak selamat lagi walaupun pihak berkuatkuasa ditambah berlipat kali ganda serta bertungkus lumus tetapi masih tidak mampu untuk mengatasi masalah jenayah di negara ini.


Pada saya, tiada jalan lain yang terbaik melainkan kita nekad dan tekad kembalikan semua masalah ini dengan berpandukan ajaran daripada al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hal ini kerana itulah sahaja penyelesaian kepada masalah ini. Jangan ada prasangka buruk atau cuba berdolak-dalik terhadap Islam dan yakinlah kepadanya sebagai pengakuan kita yang mengaku diri ini beriman dan patuh segala ajarannya.

Laksanakan hukum hudud tanpa berasa was-was dan jika undang-undang ini mampu mengatasi segala masalah berkaitan dengan jenayah, sudah tentu umat selain daripada Islam akan turut menyokongnya. Mereka juga mahukan keharmonian hidup tanpa diganggu dengan rompakan, pembunuhan, gangguan seksual dan sebagainya.

Mengapa dan kenapa kita harus bersimpati dengan peragut dan perompak yang menggunakan kekerasan mengancam untuk mencederakan atau membunuh terus mangsanya. Sedangkan penjara yang ada sekarang ini tidak lagi mampu untuk menempatkan pejenayah yang semakin ramai?

Kita bukan lagi terpaksa berhadapan penjenayah dari kalangan rakyat tempatan sendiri tetapi kini penjenayah dari luar pula. Mengapa kita harus menanggung makan minum mereka dipenjara sedangkan mereka ini telah melakukan jenayah.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment