Thursday, August 1, 2013

Panas!! Isu Lahad Datu : KPN kantoikan Zahid Hamidi

Apa neh?
Bukti belum cukup sempurna, belum cukup kuat, belum cukup kredibel untuk mengaitkan insiden tersebut dengan mana2 pemimpin pembangkang tetapi menteri dah keluarkan kenyataan di akhbar bahawa 3 pemimpin kanan pembangkang terbabit dalam insiden Lahad Datu?

Pada 26 April lalu, bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berkata, kementerian itu telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden di Lahad Datu.

Zahid berkata, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya.

Maksud ;

1. Kementerian dah kenal pasti 3 pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam insiden Lahad Datu.

2. Maklumat2 dan butiran mengenai hal tersebut akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya.

3. Berita pada 26 april 2013.

Sekarang? Dah berbulan2 berlalu, usah kata nak dakwa, bukti pun sebenarnya tak berapa nak cukup. Aku bukan suka2 nak cakap gini tapi PDRM sendiri yang sahkan melalui kenyataan media oleh KPN sendiri baru2 neh.

Baca bawah ;
Polis masih belum mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang pencerobohan pemberontak Sulu di Lahad Datu, Sabah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih mengumpul bukti bagi mengheret ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu ke mahkamah.

"Siasatan masih lagi dijalankan dan apabila ia sudah lengkap baru kita akan kemukakannya kerana proses ini ini tidak ada had masa. Ia akan berterusan dan tidak akan berhenti sehingga selesai," katanya dalam sidang media selepas acara Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka pagi tadi. - amenoworld

Berita Penuh :
Lahad Datu: Kerajaan masih belum cukup bukti dakwa pemimpin pembangkang
Ketua Polis Negara, Tan Sri khalid Abu Bakar hari ini berkata, polis masih belum mempunyai bukti cukup untuk mendakwa tiga pemimpin pembangkang yang dikatakan menjadi dalang pencerobohan pemberontak Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih mengumpul bukti bagi mengheret ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu ke mahkamah.

"Siasatan masih lagi dijalankan dan apabila ia sudah lengkap baru kita akan kemukakannya kerana proses ini ini tidak ada had masa. Ia akan berterusan dan tidak akan berhenti sehingga selesai," katanya dalam sidang media selepas acara Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka pagi tadi.

Bagaimanapun, apabila ditanya adakah pihaknya akan memanggil ketiga-tiga pemimpin pembangkang terbabit untuk proses soal siasat, beliau berkata, ia akan dilakukan sekiranya perlu.

Dalam isu pencerobohan Lahad Datu 9 Februari lalu, sekumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Akibat daripada itu, media Filipina melaporkan pihak pembangkang yang dikaitkan dengan penceroboh tersebut.

Akhbar the Philippine Daily Inquirer menyiarkan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata, pengganas terbabit ke Sabah atas jemputan seorang ahli politik dari parti pembangkang di Malaysia.

The Manila Times pula menyiarkan dakwaan pencerobohan itu ada kaitan dengan kempen pembangkang di Malaysia untuk melepas wilayah autonomi Sabah, jika mereka memenangi pilihan raya umum.

Ia menyebabkan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa risikan menyiasat dakwaan seorang pemimpin pembangkang mempunyai peranan dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Antara tiga pemimpin pembangkang yang dituduh ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - 31 Julai, 2013. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment