Thursday, August 22, 2013

IGP: Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas dakwaan pengkritik ekoran tindakan polis menembak mati lima individu di Pulau Pinang pada Isnin.

Menafikan dakwaan bahawa polis mempunyai polisi menembak untuk membunuh, beliau berkata: "Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.

"Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.

"Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?" katanya dalam sidang medianya hari ini.

"Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," tambahnya. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment