Friday, August 2, 2013

GempaQ!!!! Muhyiddin disiasat mengikut Akta Hasutan?

Satu gabungan NGO menggesa polis menyiasat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bawah Akta Hasutan kerana menuduh bahawa orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing yang didakwa menyinggung perasaan umat Islam

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia, S Barathidasan berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Beliau mendakwa Muhyiddin membuat tuduhan melulu bahawa orang bukan Islam menjadi dalang di sebalik video itu.

Kataya, tindakan itu adalah tidak patut dan tidak bertanggungjawab.

Barathidasan berkata sebagai timbalan perdana menteri, Muhyiddin sepatutnya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum mengulas perkara itu. mk

DAP buat laporan polis isu kenyataan Muhyiddin
3:18PM Ogos 2 2013
Satu laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan kontroversinya mengenai video jurulatih anjing.

Dalam laporan polisnya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Segambut Yew Jia Haur berkata polis mesti melakukan siasatan sekiranya kenyataan Muhyiddin itu menyalahi Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Jia Haur membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Jinjang, di ibu negara pagi ini.

Semalam Persatuan Progresif India Malaysia menggesa polis menyiasat Muhyiddin Yassin mengikut Akta Hasutan kerana menuduh bahawa orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing yang didakwa menyinggung perasaan umat Islam

Setiausaha agungnya S Barathidasan mendakwa Muhyiddin membuat tuduhan melulu bahawa orang bukan Islam menjadi dalang di sebalik video tersebut dan tindakan itu adalah tidak patut dan tidak bertanggungjawab.

Kenyataan Barathidasan itu merujuk kepada laporan The New Straits Times kelmarin yang memetik kenyataan Muhyiddin.

Persatuan itu akan membuat laporan polis terhadap Muhyiddin, esok.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment