Monday, August 5, 2013

Dalam Kekecohan Kenaikan harga barang, rupanya ada "Benda" yang "Murah" .. bersyukurlah....

AKU sendiri rasa malu bila ada akhbar luar negara tergamak melabel negara kita sebagai negara yang mempunyai 'nilai nyawa' yang amat murah. Walaupun aku sedar memang begitu banyak yang 'mahal' di negara kita seperti minyak, ayam, tol, tambang bas, gas memasak dan lain-lain lagi, mengapa akhbar ini menumpukan kepada yang 'murah' iaitu nyawa? Mungkin lebih murah berbanding dari negara mereka sebab itulah mereka berminat untuk menulis sedemikian.

Akhbar The New Paper dari Singapore pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000). Artikel ini tentunya mengejutkan beberapa pimpinan politik yang telah lama 'terlena' malahan merimaskan Ketua Polis Negara sehingga mengamuk sakan Pegawai Tertinggi Polis kita.

Negara kami bukan negara Koboi....Negara kami aman, tau tak?
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat. Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia. "Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini kelmarin.

Tentu media Singapore itu ada 'nas dan dalil' untuk berkata sedemikian. Jika ternyata tidak benar, kita harap pihak kerajaan kita melalui Kementerian Dalam Negeri berani untuk menyaman akhbar tersebut. Penafian atau mengeluarkan kenyataan emosi hanya di TV3 suku atau di Utusan Meloya sahaja tidak cukup kerana media di Singapore sudah kenal dan faham sangat berita-berita dari lidah media kawalan kerajaan ini. Mereka tahu, media seperti ini sanggup menipu atau menfitnah parti-parti Pembangkang di negara sendiri apa dihairankan jika media ini membelasah media luar yang mengkritik negara ini.

Jadi, sewajarnya lah kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas media berkenaan jika benarlah negara kita ini sebenarnya aman sentosa tanpa ada kejadian tembak mati berturut-turut di dalam tempoh sebulan. Ada berani? Aku rasa memang kerajaan minoroti 47% ini akan berani bertindak kerana mereka dakwa kerajaan mereka bermaruah. Kita akan salute jika kerajaan kita berbuat demikian bagi menutup aibnya kita sebagai rakyat Malaysia yang selama ini yakin negara kita paling aman di dunia. wfauzdin.blogspot.com

'WELCOME TO M'SIA, DEATH IS CHEAP'
Malaysia negara paling 'selamat' di ASIA TENGGARA -Menteri KDN, Datuk Seri Hishammuddin.... Sesuai benar dgn tema Hari Merdeka 2013 'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku' - ~Arabic~

Penoreh getah maut ditembak 
PASIR PUTEH: Seorang penoreh getah maut akibat terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan di dada, perut dan punggung selepas bersahur di sebuah kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, mangsa Amirul Tajo Nasir, 40, dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 tengah hari tadi.

Seorang lagi mangsa yang juga pembantu kedai makan, Nor Hadiyana Zakaria, 25, cedera di lutut kaki kanan selepas terkena sedas tembakan dan dilaporkan stabil di HUSM. SH

Lelaki dan wanita cedera ditembak
PASIR PUTEH 5 Ogos - Seorang lelaki dan wanita cedera ditembak di sebuah kedai makan di Kampung Gong Kelih, di sini awal pagi ini. - UM

Pengusaha hotel mati ditembak
KOTA KINABALU - Seorang pengusaha hotel dan resort mati ditembak selepas melangkah keluar dari sebuah restoran mamak, Aminah Curry House di Beverly Hill, Penampang dekat sini semalam

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa, Tiong Choon Kwong, 44, berasal dari Kuching, Sarawak ditembak individu tidak dikenali sebanyak satu das yang mengenai rusuk kanannya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebelum tembakan dilakukan mangsa dikatakan sedang berbual-bual melalui telefon bimbitnya serta sedang menuju ke tempat letak kereta berhadapan restoran mamak terbabit.

Katanya, mangsa ditembak menggunakan senjata Shortgun.

“Suspek yang menaiki kenderaan kancil atau viva berwarna putih melepaskan satu tembakan jarak dekat kepada mangsa.

“Tembakan itu tepat mengenai rusuk kanan mangsa sebelum disahkan mati pukul 12.15 tengah malam di Hospital Queen Elizabeth,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini. - KOSMO!

kejadian sebelum ini ;
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_01/Pengasas-AmBank-maut-ditembak

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130730/je_02/Seorang-maut-dua-cedera

http://news.abnxcess.com/bm/2013/07/polis-berkas-lelaki-bersenjata-semasa-sekatan-jalan-di-desa-kepong/

http://news.abnxcess.com/bm/2013/07/seorang-lagi-mangsa-tembak-di-parit-buntar/

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130802/je_06/Lelaki-ditembak-di-petak-kuning-di-Pandan-Indah

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130803/je_12/Kelindan-lori-pula-mati-ditembak-di-rumahnya

http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/ahli-perniagaan-ditembak-mati-dari-dalam-kereta-1.190032

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment