Tuesday, August 20, 2013

CCRIS bukan penyelesaian pinjaman PTPTN

Malang bebeno rakyat M'sia, peminjam PTPTN yg lambat bayar dipanggil 'PEMINJAM DEGIL' malah disenaraikan dlm CCRIS....

TAPI kalau perompak2 UMNO rembat duit rakyat dan tak bayar2 langsung dipanggil apa pulok? dhlah tak bayar, HUTANG TAIKUN Tajuddin Ramli-MAS RM589 juta boleh plok dihapus kira..

Terima kasih pengundi BN PRU13!!!

~Arabic~
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membukti kerajaan tidak prihatin serta menzalimi golongan muda yang telah tamat belajar.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan sepatutnya lebih peka kepada permasalahan mereka yang sukar mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian sehinggakan gagal membayar pinjaman PTPTN.

"Saya melihat keputusan kerajaan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar, kalau sebelum ini kita dari Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN bagi membantu golongan pelajar.

"Tetapi tindakan kerajaan ini jelas menzalimi golongan pelajar, mereka perlu dibantu bagi mencari jalan penyelesaian untuk meringankan beban hutang PTPTN tetapi sebaliknya berlaku," jelasnya ketika ditemui di Gombak semalam.

Beliau berkata kerajaan juga tidak memikirkan langkah yang proaktif bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada golongan pelajar sebaliknya merasakan CCRIS jalan terbaik kepada golongan tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar bermula bulan ini.

Tindakan tersebut turut dipersetujui Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata CCRIS langkah terbaik untuk mereka yang gagal membayar PTPTN. Harakah

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment