Tuesday, August 27, 2013

Bukti betapa sombong dan tidak prihatinnya pemimpin Umno BN terhadap masalah rakyat Malaysia

Ramai pemimpin Umno BN kerap mengeluarkan kenyataan tidak siuman kerna mereka tidak merasai kecelaruan kehidupan masyarakat lantaran kebanjiran warga asing terutama warga Afrika yang banyak membawa masalah kepada rakyat negara ini.

Berita berkaitan kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri: Larang warga Afrika menyewa perbuatan 'gila'

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya yang dilaporkan mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika merupakan satu perbuatan "gila".

Tambahnya, ia akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia.

"Anda tidak boleh nafikan sesiapa untuk membeli hartanah berdasarkan kaum. Ia gila dan tidak betul.

"Jika anda mahu kata sesetengah penyewa bermasalah, jangan kaitkannya dengan latar belakang kaum mereka," katanya.

Menurutnya, urusniaga pembelian rumah juga perlu ditangani secara satu persatu dan bukannya dikelaskan berdasarkan latar belakang kaum atau negara asal mereka.

"Menuduh setiap orang Afrika itu pembawa masalah, itu sangat tidak adil," katanya lagi.

Beliau ditanya mengenai laporan Malay Mail Online semalam berhubung keputusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondomonium tersebut yang memberi notis tiga bulan kepada penyewa warga Afrika untuk mengosongkan unit masing-masing. mk

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan harus dihantar ke hospital GILA untuk mendapatkan rawatan sakit jiwa terlebih dahulu sebelum dia terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang lebih gila..! .. dan sekiranya dia enggan ke hospital gila, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bebal tahap tertinggi ini wajib dihumbankan ke mana-mana kondomium dan biarkan dia berjiran dengan warga Afika. - Pakatan Rakyat Supporters

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment