Saturday, August 3, 2013

Berita nih agak pelik...

Kereta JPJ kemalangan, 3 cedera
RANTAU PANJANG – Seorang pemuda cedera di mulut apabila kereta Fortuna Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipandu terlibat dalam kemalangan dekat lampu isyarat Lubok Jong, Jalan Pasir Mas Rantau Panjang, jam 5.25 petang kelmarin.

Kereta JPJ kemalangan, 3 cedera Kemalangan berlaku dekat lampu isyarat Lubok Jong melibatkan tiga kenderaan.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, setibanya di tempat kejadian, berlaku pertembungan di antara tiga kenderaan iaitu Proton Iswara dan Kia Optima.

Menurutnya, akibat kejadian ini, Muhd Zulhilmi Zulkifli, 28 yang memandu Fortuna JPJ dari arah Rantau ke Pasir Mas mengalami kecederaan di mulut terpaksa menerima beberapa jahitan di bibir.

Manakala Haliludin berkata, mangsa dari arah bertentangan, Siti Hajar Hashim, 28, yang memandu Kia Optima, mengalami kecederaan di lutut.

Namun katanya, pemandu Proton Iswara, Affandi Mat Rani, 53, yang memandu dari arah yang sama, cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pasir Mas.

“Kita masih menyiasat punca kemalangan dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, Haliludin turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang lalu lintas menjelang perayaan tidak lama lagi.

Menurutnya, sikap tergesa-gesa atau memotong giliran hanya akan membawa kepada risiko kemalangan.

“Semua mahu tiba awal di rumah untuk berbuka puasa dan meraikan lebaran bersama keluarga, namun sekiranya berlaku kemalangan ia hanya akan memberi kesan buruk, bukan sahaja kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain,” katanya. SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment