Tuesday, July 9, 2013

Utusan Malaysia Kena saman lagi..

Bekas pegawai kanan polis saman kumpulan media
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff mahu terus membersihkan namanya dengan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa penerbit media.
Beliau memfailkan saman bersama terhadap penerbit New Straits Times, The Star, Berita Harian, Utusan Malaysia, Daily Express dan Borneo Post.

Langkah itu diambil ekoran laporan pada 2007 berhubung isu 'Copgate', yang mana Ramli mendakwa namanya dicemari selepas didakwa mengambil tindakan terhadap ketua kongsi gelap di Johor.

Dalam dokumen yang diperoleh Malaysiakini, saman itu difailkan pada Khamis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ramli menamakan New Straits Times Press (M) Bhd, Star Publications (M) Bhd, Berita Harian Sdn Bhd, Utusan Melayu Publications (M) Bhd, Sabah Publishing House Sdn Bhd dan See Hua Marketing Sdn Bhd sebagai defendan.

Turut dinamakan pengarang daripada organisasi tersebut dan pemberita yang menulisnya. Kesemua 16 defendan dinamakan dinamakan dalam saman itu. mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment