Monday, July 15, 2013

TPPA: Kerajaan didesak tarik diri

KOTA KINABALU – Pemuda Pas Sabah mendesak kerajaan menarik diri daripada tandatangani rundingan Perkongsian Trans Pasifik (TPP) kerana mendakwa ia memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
TPP: Kerajaan didesak tarik diri
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, dari penelitian pihaknya, pelbagai pakar ekonomi serta NGO sudah mengeluarkan kenyataan bahawa TPP akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan dan membebankan kualiti hidup rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, perjanjian ini juga dipandang serius kerana hingga ke hari ini ia masih boleh dikatakan ‘perjanjian misteri’ ekoran banyak maklumat dan penerangan mengenai TPP masih belum diperoleh oleh masyarakat awam.

“Malah, penyertaan Malaysia dalam rundingan TPP yang memasuki pusingan ke-18 bersama 11 negara itu juga tidak pernah dibincangkan sama sekali di Parlimen sedangkan perkara ini melibatkan kepentingan awam dan negara.

“Oleh kerana perjanjian ini mempunyai kaitan dengan persoalan kedaulatan ekonomi dan kesan kepada pelbagai industri negara, maka ia wajar diusulkan sebagai isu yang sangat serius,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Pemuda Pas juga menuntut satu kajian khas dilakukan bagi mengetahui sama ada TPP memberi kesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya melibatkan Isu tanah adat atau Native Consumer Rights (NCR).

Selain itu, Lahirul turut mempersoalkan kenapa Sabah dipilih menjadi lokasi perbincangan ke-18 TPP, dan adakah Kerajaan Negeri Sabah sudah sedia maklum tentang isi kandungan dan maklumat perundingan itu.

“Juga, jika Kerajaan Negeri Sabah sudah memiliki maklumat tentang TPP ini, adakah ia telah dibincangkan dalam Dun dan sejauh mana wakil-wakil Dun itu jelas dan faham berkenaan perjanjian ini?” katanya. SH

TPPA: Dedah rundingan kepada rakyat dahulu
SHAH ALAM - Kerajaan perlu bersikap lebih telus dalam soal rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dengan mendedahkan maklumat mengenainya kepada rakyat.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, sikap kerajaan yang terus berahsia berhubung maklumat rundingan akan membawa risiko yang besar kepada kedaulatan dan ekonomi negara.

Katanya, maklumat penting mengenainya perlu didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklum balas dan rakyat berhak memberi pandangan kerana perjanjian ini secara langsung melibatkan kualiti hidup mereka.

“Tetapi kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menunjukkan sikap keras kerajaan yang terus berahsia maklumat mengenai TPP.

“Kalau maklumat TPP pun kita tidak tahu, bagaimana hendak pastikan rundingan itu boleh diteruskan dengan risiko yang minimum,” katanya, semalam.

Oleh yang demikian, tegas Rafizi, dengan bersikap telus mendedahkan kandungan rundingan, barulah rakyat boleh menyatakan pandangan dan membuat keputusan sama ada TPP memberikan keuntungan kepada negara atau sebaliknya.

“Implikasi TPP ini besar, maka kerajaan ambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum meterai perjanjian ini,” katanya. SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment