Thursday, July 4, 2013

Terkini : "Presiden baru" Mesir!! .. Presiden Morsi Diguling Oleh Tentera Mesir


Adakah penyokong Mursi akan mengiktiraf beliau sebagai "Presiden"? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah Mursi.

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour yang juga Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. 

Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara.

Tapi, adakah penyokong Mursi akan mengiktiraf beliau sebagai "Presiden"? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah Mursi.

Adakah bakal berlaku Mesir mempunyai dua orang Presiden? Seorang yang dilantik secara sah dalam pilihanraya dan seorang lagi diangkat oleh tentera?

Semua televisyen dan radio menggelarkan Mursi sebagai "bekas Presiden" sejurus selesai ucapan As-Sisi.

Apapun paling hebat, Pilihanraya Presiden Mesir setahun sekali. Hebat semangat demokrasi mereka.

Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi :

1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

Presiden Morsi Diguling Oleh Tentera Mesir Dalam Satu Rampasan Kuasa

Presiden Mesir Mohamed Morsi, yang sebelumnya dengan tegas tidak akan meletakkan jawatan, pada pukul 7 petang Rabu telah diberitahu bahawa dia bukan lagi presiden apabila kawalan tentera Mesir merampas kuasa dalam kejadian yang dramatik.

Pihak musuh Morsi merayakan kejayaan mereka di jalan-jalan di Kaherah ketika Gen Abdul Fattah al-Sisi, ketua tentera, membuat pengumuman televisyen kepada negara sekaligus menuduh Morsi menolak penaggilan untuk dialog peringkat kebangsaan.

Sedangkan Morsi dalam ucapannya menolak kata dua pihak tentera dengan tegas menyatakan, beliau adalah seorang Presiden yang dipilih secara demokrasi dan akan mempertahankan perlembagaan walaupn terpaksa membayar dengan 'nyawanya'.

Malangnya, rampasan kuasa tentera disokong oleh Sheikh al-Azhar, Ahmed al-Tayyeb yang dilantik oleh Hosni Mubarak, dan Paus Tawadros II Ketua Gereja Koptik, yang keduany berkata tentera kononnya telah mengambil "tugas patriotik kepada rakyat Mesir".
http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Morsi%20dn%20al-sisi.jpg
[Gambar - Atas ; Morsi bersama Jeneral Abdul Fattah al-Sisi ketika Morsi melantik beliau sebagai Menteri Pertahanan, Bawah; al-Sisi ketika mengumumkan Morsi bukan lagi Presiden Mesir]

Rampasan Kuasa Atas Apa Nama Sekali Pun

Walaupun pihak tentera menafikan ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi apabila psukan tentera pengawal republik menduduki stesen televisyen, menangkap ketua stesyen TV Misr25 yang menyokong Morsi, dan mengarahkan pihak lapangan terbang menyekat perjalanan pemimpin Ikhwan, ia adalah satu rampasan kuaa tentera.

Ia dijelaskan lagi apabila dan beribu orang tentera berkonvoi dan kereta kebal memenuhi jalan-jalan utama di Kaherah, dan kemudiannya telah melarikan Preiden Morsi entah ke mana, ke suatu tempat yang tidak diketahui.

Pihak tentera yang sebelumnya mengugut Presiden Morsi supaya meletakkan jawatan dan memberi tempoh selama 48 jam akhirnya telah memecah masuk ke dalam pejabat Morsi dan melakukan rampasan kuasa, sebagaimana kata dua yang dinyatakan oleh Jeneral Abdul fatah al-Sisi.

Tarikh akhir yang ditetapkan oleh tentera untuk Encik Morsi untuk menyelesaikan krisis politik di negara ini meninggal pada pukul 5 petang semalam, tetapi pada masa itu kedua-dua pihak telah tidak lagi bercakap. Pada mulanya, tentera yang diadakan kembali dari kenyataan yang dijanjikan.

Pihak Ikhwan Muslimin telah melihat ia sebagai sebuah rampasan kuasa apabila Morsi tidak berjaya dalam cuban memujuk menteri pertahanan beliau lantik sendiri pada tahun lalu, Gen Abdul Fattah al-Sisi.

Abdul Fattah juga telah menggantung perlembagaan Mesir dan menjanjikan pilihanraya dalam masa yang terdekat serta melantik Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour untuk menjalankan urusan negara semasa tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular