Thursday, July 4, 2013

Tanpa Hasan Ali, PAS Selangor terbaik!

PAS syor peruntukan ikut jumlah penduduk
KUALA LUMPUR: Pembahagian peruntukan mengikut jumlah penduduk perkapita perlu dilaksanakan memandangkan taburan jumlah penduduk di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah berbeza.

Noor Hanim Ismail (PAS-Seri Serdang) berkata, peruntukan mengikut jumlah penduduk penting bagi memastikan pembahagian yang lebih adil kepada setiap rakyat di negeri ini.

“Contoh seperti di Seri Serdang yang mempunyai jumlah pengundi kira-kira 73,000. Ini pastinya menuntut pihak kerajaan untuk memastikan peruntukan yang diberi cukup dan setimpal,” katanya dipetik Selangorku.

Tambahnya, selain bersikap adil, pembahagian peruntukan berdasarkan perkapita itu juga dapat menjamin kelancaran program-program kebajikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor.

“Sebagai contoh bantuan kepada warga emas, kawasan saya jumlahnya lebih ramai, jadi diharap ikut perkapita dan bukannya RM1,000 bagi setiap Dun.

“Demi kebaikan rakyat, saya harap satu inisiatif dapat diambil bagi mengkaji semula jumlah peruntukan ini,” ujar beliau lagi. - Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment