Friday, July 26, 2013

Sogokan, perkauman punca utama peneroka masih sokong BN

Berdasarkan laporan 'post-mortem', mendapati BN sebelum PRU13 sudah menabur wang dan projek segera kepada peneroka dan kroni.

PETALING JAYA: Sogokan material dan isu perkauman dikenal pasti antara punca utama Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di kawasan Felda.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, berdasarkan laporan ‘post-mortem’ yang diterima, pihaknya mendapati BN sebelum PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13) sudah menabur wang dan projek segera kepada peneroka dan kroni.

“Mereka (peneroka) dapat segala anugerah dan nikmat yang diberikan oleh BN. Kita tak boleh nak lawan arus yang terlalu kuat itu.

“Kita takkan mampu dan dapat menyaingi mereka dari sudut material,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Mazlan berkata pemikiran peneroka juga sudah ditanamkan dengan persepsi sentimen perkauman termasuk hak milik tanah jatuh ke tangan Cina sekiranya Pakatan memerintah.

Sentimen yang diedarkan melalui risalah, cakera padat, kain rentang menurut Mazlan berjaya membawa kesan kepada pengundi, kebanyakannya yang berusia 50 tahun ke atas.

“Peneroka tahu jaminan kita dalam manifesto itu membawa kebaikan.Mereka akui ia bagus tetapi perkara itu ditenggelamkan dengan ketakutan sentimen perkauman,” katanya.

Penjenamaan semula
Disebabkan itu, Mazlan berkata pihaknya kini sedang merangka strategi baru termasuk penjenamaan semula Anak dan penjenamaan semula organisasi.

Ditanya tentang hasrat pengundurannya, Mazlan berkata dirinya akan terus memimpin Anak sehingga dapat mencari pelapis baru yang mampu membawa isu Felda.

“Istilah merajuk tak timbul. Sekarang ni saya masih diberi kepercayaan sebagai Presiden sehingga tiba masanya ada pelapis baru untuk diberi ruang sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mula bergerak dengan strategi baru melalui kerjasama dengan Pakatan menembusi kawasan Felda di Selangor dan Kelantan.

Kali ini, mendekati golongan belia dengan menawarkan pendedahan pendidikan dan kursus kemahiran usahawan dengan bantuan kerajaan negeri.

“Siri pendedahan dan penyelewengan Felda juga akan diteruskan macam biasa. Itu asas perjuangan Anak dan kita akan bergerak semula pada September ini,” katanya.

Mazlan berkata, keahlian Anak datang daripada pelbagai lapisan ahli, 30% daripadanya ahli Umno dan kakitangan Felda. FMT

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment