Tuesday, July 30, 2013

Panas!! Skandal Scorpene, Jasbir Kantoiii..

Jasbir Singh Chahl pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam Scorpene namun menurut badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram), beliau dipecat.


Jasbir yang kemudiannya tidak berpuas hati memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak Baginda yang kemudiannya membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu sidang media hari ini, Jasbir adalah saksi kepada satu siasatan yang sedang berlangsung di Perancis, tetapi beliau tidak mendedahkan sepenuhnya apa yang diketahuinya. ~the malaysian insider

Jasbir Pernah Saman Razak Baginda Sebelum "Diselesaikan Di Luar Mahkamah"
Suaram: Jasbir sorok fakta rundingan Scorpene
"Jika bukan perunding, mengapa Altantuya minta $500,000 sebagai komisen," soal Cynthia kepada Jasbir

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyifatkan saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat yang diketahuinya mengenai urus niaga pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana.

"Perkara ini menjadi perhatian ramai tetapi beliau tidak mendedahkan semua," katanya pada sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Jasbir yang dilihat memburuk-burukkan Suaram dalam NST.

Beliau berkata, Jasbir sepatutnya mendedahkan butiran pembekalan, selain peranannya dan mengapa beliau digugurkan dari rundingan berkenaan.

"Kami pelik mengapa butiran itu tidak disiarkan NST," katanya yang berpendapat Jasbir juga wajar mendedahkan punca Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan pembabitan kawan lamanya, Abdul Razak Baginda dalam rundingan itu.

Tidak setuju dengan kenyataan dalam akhbar berkenaan, Cynthia berkata, Jasbir menyatakan Altantuya Shaariibuu tidak terlibat dalam proses rundingan tetapi ia bertentangan dengan kenyataan bapanya sendiri yang mendedahkan anaknya perunding rojek itu.

"Jika bukan perunding projek, mengapa Altantuya meminta $500,000 sebagai komisen," katanya.

Antara 2009 dan 2010 sewaktu kapal selam dalam proses penghantaran, beliau berkata, Jasbir membayar €114.9 juta kepada Perimekar yang mencatatkan kerugian daripada untung bersih, RM19 juta kepada RM3.3 juta.

Beliau berkata, laporan kewangan syarikat pada 2010 menunjukkan projek dengan kerajaan tamat pada Disember 2009 dan kerugian berlaku.

"Jadi, adakah Permekar ditubuhkan hanya untuk menerima projek kapal selam? Dan, kenapa Jasbir tidak mendedahkannya?" katanya.

Cynthia turut mempersoal peranan Jasbir dalam Terasasi Sdn Bhd dan mengapa syarikat itu tidak didedahkan kepada umum.

"Jasbir pernah menjadi pengarah di syarikat itu sebelum Razak dan bapanya turut terlibat sama, katanya sambil mendesak suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mendedahkan hal berkenaan kepada umum.

Menyatakan Jasbir pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam sebelum digugur, beliau berkata, saksi kes Scorpene itu juga memfail saman RM50 juta terhadap Razak yang sebelum membuat penyelesaian luar mahkamah.

Pada kenyataan dalam NST baru-baru ini, Jasbir bersumpah Altantuya tidak berada di Perancis semasa rundingan pembelian kapal selam.

Urus niaga pembelian kapal selam juga menjadi antara sebab Razak menjadi tumpuan media pada 2006 apabila Altantuya didakwa mengancamnya sebelum mayatnya diletup di Puncak Alam.

Pada 2009, Suaram membuat aduan kepada Mahkamah Perancis yang membawa kepada siasatan membabitkan dua hakim berhubung dakwaan kerajaan Malaysia terbabit dalam rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene. - ~ The Malaysian Insider

'Rakan Najib tolak Jasbir dari rundingan Scorpene'
Nigel Aw
4:37PM Jul 30 2013

Walaupun digambarkan sebagai jurutera rundingan Scorpene, perunding Jasbir Singh Chahl sebenarnya digantikan dengan penganalisis Abdul Razak Baginda, dakwa kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suram) hari ini.

"Suaram mendesak Jasbir melangkah setapak lagi dan mendedahkan maklumat terperinci berhubung perolehan, peranannya memuktamadkan rundingan dan kenapa dia dikeluarkan daripada rundingan.

"Kenapa menteri pertahanan ketika itu (Datuk Seri) Najib (Razak) melihat patut campur tangan dan menolak ke depan rakan lamanya Abdul Razak untuk mengetuai rundingan?" kata anggota sekretariat Cynthia Gabriel (kanan) dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment