Thursday, July 4, 2013

Puak-puak Pemberontak Mengarahkan Presiden Mursi Agar Berundur

Mursi tolak amaran terakhirJutaan rakyat yang menyokong Dr.Morsi turut turun ke Raba'ah bagi menyatakan sokongan terhadap pemerintahan Islam dan mereka bersedia sekiranya ada pertumpahan darah berlaku.

KAHERAH- MESIR - Presiden Mesir, Mohammed Mursi, semalam menolak amaran terakhir tentera yang mengancam untuk campur tangan jika beliau tidak memenuhi tuntutan rakyat, sekali gus ia dilihat meningkatkan lagi ketegangan politik di negara itu.

Kelmarin, televisyen tempatan menyiarkan kenyataan tentera yang memberi tempoh 48 jam kepada Mursi untuk berbuat demikian.

"Jika tuntutan rakyat tidak dipenuhi dalam tempoh diberikan, kami (angkatan tentera) akan mengumumkan pelan tindakan dan langkah yang akan mengawasi pelaksanaannya," tegas mereka.

Menurut laporan AFP, kumpulan penganjur demonstrasi besar-besaran, Tamarod turut menyatakan sokongan mereka kepada kenyataan yang dikeluarkan tentera itu kerana menganggap ia seperti berpihak kepada rakyat.

Puluhan ribu penunjuk perasaan juga dilaporkan terus membanjiri jalan di Kaherah, Iskandariah dan beberapa bandar besar lain bagi terus menggesa Mursi berundur.

Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan turut melaungkan slogan menyokong ketua tentera dan Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Mursi tetap berkeras untuk terus dengan 'jalan' beliau sendiri menuju ke arah perdamaian nasional.

Beliau juga mengecam sebarang deklarasi yang akan mencetuskan kekeliruan dan mengancam keamanan sosial.

"Menjadi sebuah negara demokratik adalah pencapaian terpenting selepas revolusi 25 Januari.

Kita tidak lagi akan menoleh ke belakang walaupun dalam apa jua situasi," katanya yang merujuk kepada kebangkitan rakyat menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak lebih dua tahun lalu.

Difahamkan, tentera yang menyebabkan peralihan kuasa menjadi huru-hara selepas kebangkitan revolusi rakyat pada 2011 turut memberi tempoh seminggu kepada semua pihak untuk berdamai.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sebarang peralihan yang berlaku di Mesir akan memberi kesan besar kepada negara lain di rantau tersebut

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment