Monday, July 1, 2013

PSM dan SAMM tubuh "gabungan kiri"??


"Pada masa sama PSM juga akan menggerakkan usaha ke arah penubuhan 'Gabungan Kiri' yang menurutnya akan didokong organisasi seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi "melawan kuasa neo-liberal dan kapitalis".

Kongres ke-15 Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berakhir hari ini memutuskan untuk meneruskan rundingan dengan Pakatan Rakyat bagi menyertai gabungan tersebut.

"PSM sedia terus dialog dengan Pakatan atas dasar saling hormat-menghormati," laman Twitter parti itu dipetik.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (bawah) sewaktu dihubungiMalaysiakini bagaimanapun menjelaskan, penyertaan parti itu ke dalam Pakatan bukan terletak di tangan PSM kerana ia memerlukan kelulusan Pakatan Rakyat sendiri.

"Jadi kami akan teruskan rundingan dan ia (penyertaan ke dalam Pakatan) bergantung kepada hasil rundingan itu," katanya.

Namun tegasnya, pada masa sama PSM juga akan menggerakkan usaha ke arah penubuhan 'Gabungan Kiri' yang menurutnya akan didokong organisasi seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi "melawan kuasa neo-liberal dan kapitalis".

Kongres tiga hari bermula pada 28 Jun lalu di Cameron Highland itu antara lain turut membuat ketetapan menukar sistem keahlian daripada sistem keahlian terkawal kepada sistem keahlian terbuka.

Kongres parti beraliran kiri itu juga juga turut memutuskan agar PSM bertanding menggunakan logo mereka sendiri dalam pilihan raya umum akan datang. - sumber

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment