Tuesday, July 16, 2013

PRU13 : Lagi Petisyen di Tolak

Kerusi Machang kekal milik BN
KOTA BHARU - Kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Machang pada PRU13 lalu kekal selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan PKR.

PRU13PKR bulan lalu memfailkan petisyen di mahkamah untuk mengisytiharkan keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Machang sebagai tidak sah dan batal.

Petisyen bagi kerusi Parlimen Machang difailkan oleh calon parti itu Wan Zawawi Wan Ismail yang kalah kepada calon BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan majoriti 805 undi. SH

Hakim tidak ambil kira luahan twitter peguam
KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya di sini tidak mahu campur tangan dakwaan ada peguam cuba mempertikai keputusan penghakimannya dalam satu twitter baru-baru ini.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim berkata, perkara itu terpulang kepada Majlis Peguam untuk menentukan tindakan dan ia bukan di bawah bidang kuasanya.

Sebelum itu peguam responden pertama, Datuk Hafarizam Harun membangkitkan seorang peguam yang ditolak mahkamah bagi mewakili pempetisyen parlimen Machang meluah rasa kecewa dalam twitternya.

Pada prosiding bantahan awal minggu lepas hakim menolak peguam R Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor mewakili pempetisyen kerana tidak dilantik melalui Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Kehadiran ketiga-tiga peguam terbabit dibantah Hafarizam kemudian disokong peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad yang mewakili responden kedua (pengurus pilihan raya) dan ketiga (Suruhanjaya Pilihan Raya).

Hakim menyifatkan keputusan dibuatnya telus, dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati boleh membawa ke peringkat lebih tinggi.

Manakala pada perbicaraan bantahan awal petisyen parlimen Machang hari ini, hakim menolak dengan kos petisyen berkenaan kerana tidak menepati Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 bagi pelantikan peguam.

Selain itu tidak mengikut Kaedah 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 apabila peguam yang dilantik tidak membuat pengesahan menerima pelantikan.

Ekoran itu hakim menolak petisyen terbabit dengan kos sebanyak RM30,000 yang perlu dibayar pempetisyen kepada responden pertama.

Manakala setiap RM15,000 perlu dibayar kepada responden kedua dan ketiga.

Pada pilihan raya umum lalu, calon PKR parlimen Machang, Wan Zawawi Wan Ismail kalah kepada calon BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub majoriti 805 undi.

Sementara itu perbicaraan bantahan awal petisyen Parlimen Ketereh, Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas, Dun Mengkebang dan Dun Manek Urai akan diadakan pada 18 Julai ini di hadapan hakim Datuk Louis O’hara. Harakah

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment