Monday, July 15, 2013

Promosi Minuman Keras Sempena Hari Raya Aidilfitri? Apa bezanya dgn kes Alvin & Vivian???

SDR PENGARANG,
SAYA menulis kepada pihak tuan untuk memaklumkan bahawa masih terdapat pihak peniaga yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam apabila mengiklankan kempen jualan murah produk barangan mereka sempena bulan Ramadan dan juga menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
Saya berkata demikian kerana saya masih melihat terdapatnya pasar raya besar yang turut mengiklankan "jualan murah" beberapa jenama minuman keras di bawah 'banner' sempena bulan Ramadan dan Hari Raya.

Jelas sekali, ketidak perihatinan pihak yang mempromosikan kempen ini mencerminkan sikap tidak memahami sensitiviti umat Islam sebaliknya berpendapat bulan Ramadan dan Hari Raya sebagai satu pesta keramaian atau majlis meraikan kedatangan suatu musim perayaan yang bersifat kebudayaan dan amalan ritual.

Sama ada Ramadan atau tidak, umat Islam sememangnya tidak mengambil minuman keras kerana ia adalah sejenis minuman yang diklasifikasikan sebagai haram.

Justeru pada pandangan saya, masyarakat bukan Islam khususnya para peniaga harus memahami latar belakang ini agar mereka tidak melakukan kesilapan dengan mengaitkan kempen 'jualan murah' minuman keras dengan 'jualan murah' sempena bulan Ramadan.

Ada baiknya juga jika pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan mengambil inisiatif dengan mengadakan peringatan dan kempen mereka sendiri kepada para pekedai dan pengusaha pasar raya agar tidak melakukan kesilapan yang serupa berhubung perkara di atas.

GUNUNG SEMANGGOL

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment