Tuesday, July 9, 2013

Pemimpin UMNO harus dipersalahkan jika ekonomi Melayu ketinggalan

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan bangsa lain jika orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi atau pemilikan premis perniagaan sebaliknya persalahkan diri sendiri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang dipetik Sin Chew Daily bahawa kadar penyertaan Bumiputera yang rendah dalam bidang ekonomi memberi kesan buruk kepada usaha negara untuk mengukuhkan perpaduan.

“UMNO, mereka ada wakil teramai dalam kerajaan dan mendominasi kerajaan BN sejak sekian lama, mereka buat pelbagai dasar dan gagal termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Kalau orang Melayu tidak berjaya, itu maksudnya mereka yang ada di atas tidak bersungguh bantu orang Melayu,” ujar Mohd Ariff.

Katanya, realiti hari ini menunjukkan apa yang dilaung-laungkan UMNO selama ini konon demi memperkasakan bangsa Melayu sekadar retorik semata-mata supaya survival politik mereka selamat.

“Saya melihat kurangnya pembabitan serius pihak kerajaan sendiri. Yang ada sekarang ini adalah pemimpin UMNO yang berlumba sesama sendiri untuk mengagihkan ekonomi sesama mereka,” jelasnya.

Selain itu, doktrin UMNO yang dilihat menyebabkan orang Melayu seolah-olah bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan merupakan satu pengkhianatan terhadap orang Melayu.

“Kita lihat sekarang, orang Melayu, graduan Melayu tidak memandang bidang perniagaan mendatangkan pulangan kehidupan yang lebih baik. Sebaliknya mereka melihat peluang bekerja dalam kerajaan seolah-olah menyelamatkan segala-galanya. Ini adalah hakikat sebenar yang terjadi di depan mata kita sendiri,” katanya.

Tambah Mohd Ariff, kerajaan juga sepatutnya menubuhkan agensi khusus untuk meramaikan pembabitan orang Melayu dalam perniagaan dipertingkatkan tanpa sebarang campurtangan politik.

Bagaimanapun, sikap tamak pemimpin UMNO menggunakan ahli perniagaan tertentu dan membolot pelbagai sektor perniagaan juga menyebabkan peluang orang Melayu lain yang lebih layak tersekat.

“Kerajaan menyediakan pelbagai skim, latihan dan sebagainya. Masih gagal dan terus gagal sebab berkepentingan diri.

“Sama juga dengan yang kita istilah sebagai budaya ‘Ali Baba’. Tabiat UMNO memang macam ini. Dia melaungkan Melayu sana, Melayu sini tapi sambil menyelam dia ‘jual’ projek kepada bukan Melayu. Bila Melayu tidak berjaya, salahkan orang lain pula. Ini memang perangai buruk UMNO,” katanya lagi.-Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment