Thursday, July 18, 2013

Panas!! Zahid hina PEGUAM NEGARA

Baru-baru ini kita rakyat Malaysia di hebohkan bagaimana Menteri Yang jaga Keselamatan dalam negeri turut kena tindakan mahkamah didapati bersalah diatas kesalahan dot.dot.dot...,


Dan yang paling syiiook,, Ketua Polis Negara yang baru pun turut sekali kena tempias yang sama juga,,,cuma kes lain,,, Tahanan mati dalam lokap...

Apakah dengan tindakan mahkamah tersebut, pihak polis dah mula risau,,, apa tidaknya, banyak tindakan-tindakan lain lagi terutama dalam tangkapan Bersih 2 yang lalu, pun mahkamah menjatuh pihak polis yang bersalah....

Maka hari ini Menteri KDN minta Peguam Negara fahami tugas polis...

Woii,,, Tugas Peguam Negara tu bukan macam tugas menteri atas lantikan politik,,, lulus SPM pun boleh jadi Pengerusi Tabung Haji....

Peguam Negera adalah satu tugas profesional.... kalau tak ada ijazah undang-undang tak mungkin layak nak jawat jawatan Peguam Negara... Sekadar tugasan anggota polis adalah sejuzuk dari undang-undang perlembagaan Malaysia.

Rasanya Menteri semacam menghina Peguam Negara... tak mungkin seorang yang paling terttinggi dalam hal ehwal undang-undang negara tidak memahami tugas polis,...

Perasan punya menteri... manjongmari.

Baca kisah ni

Ahmad Zahid Minta Peguam Negara Fahami Tugas Polis
KAJANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu meminta Peguam Negara melihat sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).

Beliau berkata hanya dengan cara itu mereka akan memahami beban yang terpaksa dipikul pasukan berkenaan dalam membanteras jenayah di negara ini.

"Kami tidak mahu menyanggah apa yang dilakukan oleh Peguam Negara untuk melakukan transformasi. Tetapi fahamilah tugas polis yang 'toothless', yang tidak ada gigi bila EO ini tidak ada.

"Jangan lihat dari segi perundangan sahaja, lihat dari aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah harus dibanteras dan hukuman harus dibuat kerana tidak semua perlakuan jenayah ada saksi dan bukti yang nyata," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan, di sini, Rabu.

Sehubungan itu katanya, undang-undang baharu yang bakal diperkenal bagi menggantikan EO harus menyamai peruntukan EO bagi memberi kuasa kepada polis memerangi jenayah terutama membabitkan kes berat.

Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah.

Beliau sebelum ini dilapor berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada antara mereka yang kembali terbabit jenayah.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut meminta masyarakat memahami kedudukan polis yang semakin kehilangan kuasa.

"Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh," katanya.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta agar undang-undang baharu menyamai EO bagi membendung jenayah terutamanya membabitkansenjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjata api. - BERNAMA

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment