Tuesday, July 16, 2013

Panas!! Zahid Hamidi kena lagi...

Tun Dzaiddin: IPCMC selaras dengan perlembagaan
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, menurut Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Menyatakan pandangannya mengenai kesahihan IPCMC di bawah Perlembagaan Persekutuan, bekas Pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu membuat rujukan kepada Perkara 140.

NONE
"Perkara 140 itu memperuntukkan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi Suruhanjaya Pasukan Polis menjalankan kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis dengan cara dan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.

"Oleh itu, tidak ada sebarang keraguan tentang ketekalan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau membuat komen susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi bahawa cadangan penubuhan IPCMC akan mengakibatkan 'pertindihan bidang kuasa dan undang-undang dalam kalangan agensi penguatkuasa' dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta bertentangan dengan konsep keadilan.

Berdasarkan niat untuk memudahkan perdebatan yang lebih bijak mengenai IPCMC, Mohamed Dzaiddin memetik beberapa petikan Laporan Siasatan Suruhanjaya PDRM yang menyatakan bahawa:

"Salah satu cara berkesan untuk memastikan doktrin, undang-undang, peraturan dan prosedur dipatuhi dan dilaksanakan adalah dengan penubuhan badan pengawasan luar. Kaedah ini telah diterima pakai oleh banyak sistem kepolisan moden di mana pengalaman membuktikan mekanisme dalaman semata-mata tidak memadai, tidak boleh dipercayai dan sering tidak berkesan."

Laporan 2005 itu, seperti yang dipetik oleh Mohamed Dzaiddin, juga berkata bahawa: "Tujuan: IPCMC hendaklah menjalankan pengawasan PDRM dan dalam hal ini melaksanakan fungsi-fungsi utama seperti berikut:

# Menerima dan menyiasat aduan mengenai PDRM dan anggotanya.
# Mencegah, mengesan dan menyiasat rasuah dan salah laku serius dalam PDRM.
# Mencadangkan langkah-langkah kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bagi meningkatkan integriti polis, mengurangkan salah laku dan membina keyakinan orang awam terhadap PDRM.

Laporan itu seterusnya menyebut bahawa 'IPCMC akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pasukan Polis dan Bahagian Tatatertib PDRM.' mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment