Monday, July 22, 2013

Panas!! TUN MAHATHIR SUDAH MULA BANTAI NAJIB

Madey dah mula hentam bonekanya (Najib) yang menunjukkan prestasi terburuk dalam sejarah BN dan adakah Najib akan mengikuti jejak Tun Abdullah untuk berundur atas desakan Tun M..? Tapi kali nie bagaimana Madey nak singkir Najib sedangkan Madey sendiri pernah jadi promoter buku Big Mama (bini Najib) yang jelas menunjukkan kekuasaan Big Mama mengatasi Madey dan adakah Madey dah ada pengganti Najib..?
Yang pasti perbalahan 'rahsia' dalaman UMNO dalam merebut jawatan-jawatan tertinggi UMNO kemungkinan mengundang perpecahan seperti yang berlaku pada 1987 sehingga UMNO diharamkan pada 1988 hingga kini.. King Reformasi
BR1M gagal bantu prestasi BN pada PRU13, kata Dr Mahathir
Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki wang mereka sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sebenarnya, pemberian itu langsung tidak berkesan. Penerima bantuan terutama penyokong pembangkang, tidak berterima kasih kerana menganggap ia wang mereka. Itu duit cukai bukan wang kerajaan atau BN," katanya.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sekali gus paling lama dalam sejarah tanah air itu berkata demikian pada temu bual dalam rencana Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga menyifatkan amalan pemberian tunai itu berlawanan dengan pentadbirannya antara 1981 dan 2003.

"Sebelum ini, kerajaan memastikan persekitaran melalui kemudahan kepada masyarakat, pengendalian ekonomi, pelaburan dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat.

"Bukannya beri wang kerajaan tetapi kita sediakan ruang dan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan rakyat.

"Sekarang, kita lihat ramai graduan tidak ada pekerjaan. Mungkin rakyat berasa puas hati apabila menerima bantuan tunai tetapi ia sebenarnya tidak cukup. Ia akan habis dalam beberapa hari," katanya.

BN membuat dua pemberian tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan berjanji melalui manifesto pilihan raya untuk memberi RM1,200 kepada keluarga isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Sekalipun begitu, BN hilang lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat, hanya 133 berbanding 140 pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

UMNO pasti bergolak selepas ini... Satu petanda yang Tun M maukan suatu perubahan dipucuk pimpinan UMNO.

UMNO akui jika ada pertandingan dijawatan Presiden dan Timbalan Presiden maka UMNO akan hancur..Apakah UMNO akan hancur pada hujung tahun ini?.. Sama-sama kita tunggu.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment