Tuesday, July 2, 2013

Panas!! Pengerusi Tabung Haji tak lulus SPM?


Azeez Baling sah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji seperti diceritakan sebelum ini [di sini] dan berkuatkuasa hari ini. Dia menggantikan Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sejak Ogos 2007. Kalaulah Tabung Haji tak tentu hala selepas ini, hanya perlu salahkan Najib.

Tersebar di blog, baca ruangan komen “Tabung Haji gets new Chairman? ” di blog Rocky’s bru, Azeez hanya memiliki SPM? Betulkah? Bagaimana yang hanya memiliki SPM boleh menjadi Pengerusi Tabung Haji? Kalau salah, Azeez boleh sebutkan sendiri kelayakan akademik yang beliau miliki.
Lagi perkara menarik, berapakah gaji Pengerusi Tabung Haji yang mengurus berbillion duit umat Islam Malaysia. Kalau sebelum ini Mahfuz Omar mendedahkan dan mempersoalkan bagaimana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang berstatus kontrak, boleh memperolehi gaji sebesar RM85,000 sebulan. Tentulah gaji Azeez lebih besar dengan hanya kelayakan sebagai pembodek Najib. Insyaallah…rakyat semakin menyampah!!

Azez juga Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji, yang tentu ada habuannya.
Tabung_Haji
Najib menggenapkan transformasi yang ingin dilakukannya. Ghani Othman (Lim Kang Hoo)/Sime Darby, Ng Yen Yen (and family)/Tourism Malaysia, Rafidah Aziz/Air Asia, Ali Rustam/LADA, and Now Azeez Rahim (Ismee/Jasmi/Azizan/Sheikh Akmal)/Tabung Haji.

PM Najib pandai kongsi, asalkan pandai membodek!!

Tuan-puan tunggulah 5.5% dividen setahun. Ada RM1000, dapat RM55 setahun, besar tu!!!

ekeleh.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment