Monday, July 29, 2013

Panas!! Pengerusi MyWatch mahu dedah nama polis yang disiasat kerana dadah

Beberapa jam sebelum ditembak, R Sri Sanjeevan ada menyatakan beliau memiliki senarai nama pegawai polis yang disiasat secara dalaman kerana terlibat dalam sindiket dadah.


Pengerusi MyWatch itu menyatakan demikian kepada Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR ketika mereka bertemu di majlis berbuka puasa Jumaat lalu di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya beritahu supaya berhati-hati kerana senarai itu adalah pegawai polis yang sedang disiasat. Saya tidak begitu memberi galakan kepada Sanjeevan," katanya.

Terkejut dengan kejadian yang menimpa Sanjeevan itu, Rafizi juga mengakui agak terkilan kerana menasihati Sanjeevan bahawa ia tidak masa sesuai untuk membuat pendedahan kerana siasatan polis masih berlangsung.

Bagaimanapun, katanya, Sanjeevan pada pertemuan itu menyatakan ia skandal besar dan kesalahan yang dilakukan serius serta membabitkan jumlah dadah yang besar.

"Mengikut Sanjeevan, pegawai polis yang disiasat itu berdepan kemungkinan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati. Beliau yakin ia kes serius," katanya.

Rafizi dan Sanjeevan kemudian bersetuju untuk bertemu minggu depan untuk meneliti senarai berkenaan.

Beliau berkata, kenyataan Sanjeevan kepadanya juga konsisten dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sejurus selepas kejadian tembak.

Sementara itu, rakan Sanjeevan, Vel Paari - bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC - terkejut dengan kejadian berkenaan, apatah lagi mereka baru sahaja bertemu dua hari lalu untuk merancang menikmati tosai, minggu depan.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong juga sedih dengan kejadian cubaan bunuh terhadap Sanjeevan dan berharap polis segera menahan dan mengheret mereka ke muka pengadilan. - 28 Julai, 2013. TMI

'Sanjeevan mahu dedah nama polis dikait dengan dadah'
Aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan cuba mendedahkan nama-nama anggota polis yang didakwa ada kaitan dengan sindiket dadah sebelum dia ditembak, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Dalam Twitternya hari ini, Rafizi berkata beliau ditemui Sanjeevan (kanan) sehari sebelum kejadian tersebut, dan Sanjeevan meminta bantuan untuk mendedahkan nama anggota polis yang didakwa terbabit itu.

Rafizi berkata beliau bertemu Sanjeevan pada malam Jumaat dan dia bercakap tentang senarai kesalahan berkaitan dengan dadah dan meminta pengarah strategi PKR itu mendedahkan mereka.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, beliau tidak pasti sama ada rancangan untuk mendedahkan senarai nama tersebut ada kaitan dengan cubaan membunuh Sanjeewan semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata Sanjeevan sedang "menjejak sesuatu" dan maklumat padanya itu adalah adalah tulen.

"Saya amat terkejut apabila mengetahui dia telah ditembak," kata Rafizi.

Hanya beberapa jam sebelum ditembak, Sanjeevan menulis di Twitter bahawa seorang anggota polis telah mengancam untuk memberi senjata kepada anggota sebuah sindiket untuk menembak rumahnya.

Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu, di simpang di Jempol. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment