Wednesday, July 24, 2013

Panas!! Khairy Jamaluddin BIDAS Guru Besar Berbuka Puasa Di Bilik Persalinan Sebelah Tandas?

GURU BESAR DAN PIBG SEKOLAH YANG ARAHKAN MURID SEKOLAH MINUM DAN MAKAN WAKTU REHAT DIBILIK PERSALINAN SEBELAH TANDAS, BERBUKA PUASA DIBILIK YANG SAMA SEMALAM!!!!!!

Ada perbezaan diantara makan dibilik persalinan dan disuruh makan dibilik persalinan...
Yang memilih dengan rela hati, lantak ko la nak makan dalam lubang taik pun sebab mmg kena dgn taraf kamu sbgai pencacai...Tapi tak perlu nak bengap sangat putuskan tempat makan ditempat sebegitu....Bangunan sekolah punya la besar...Byk bilik...takkan bilik tu jugak yg dipilih..hahahaha..Lawak la akal guru besar fanatik UMNO ni....-Jahar



SETUJU DENGAN PANDANGAN KJ

Punya nak tunjuk apa yang dilakukan oleh Guru Besar mengarahkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pristana, Sungai Buloh, Selangor itu betul maka semalam beliau bersama sama dengan beberapa ahli PIBG sekolah berkenaan telah berbuka puasa ditempat yang sama.

Rakaman gambar dipaparkan betapa mereka kesemuanya sedang asyik seronok menikmati juadah Ramadan tanpa ada rasa kekok dan jijik.

Jelas cara nak pulihkan kerosakkan yang sudah teruk ini tidak mampu dipulihkan kalau sekadar sekali menjamu berbuka puasa.

Salah tetap salah...bukan tujuan nak politikkan isu nak jadikan isu perkauman sempit jauh sekali tapi cara murid-murid sekolah dilayan sebegitu rupa sememang tidak patut sama sekali.
Alasan kononnya kantin sekolah sedang dibaik pulih namun tiada nampak kerja-kerja sedemikian sedang dilakukan.. Jangan cuba berdalih dengan mengwujudkan alasan nak tutup kesalahan sebab lambat laun akan diketahui kebenarannya juga.

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas.

"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan,"   katanya.  Klik SINI

Prinsip dan pandangan Omak Kau dalam isu ini mudah dan jelas.... sekiranya benar sebelum Ramadan kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar, mengapa semasa Ramadan, pelajar masih perlu menggunakan bilik mandi dan persalinan?

Jika dilihat pada gambar kantin di atas, jelas kantin itu boleh digunakan oleh beberapa orang pelajar bukan Islam. Tidak kelihatan pun kerja-kerja pengubahsuaian yang membahayakan pelajar.

Lagi mengelirukan apabila pelbagai alasan berlainan dan tidak konsisten diberikan untuk menjawab isu ini.

Walaupun bilik mandi dan persalinan itu dibersihkan, diwangikan, namun tindakan itu tidak boleh mengubah persepsi ibu bapa bahawa bilik itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat makan.

Omak Kau berpegang pada prinsip bahawa bilik itu tidak sesuai dijadikan tempat makan dan tidak rela anak sendiri makan di bilik itu. Ini bukan soal politik, bukan soal rasis, tetapi soal tempat makan yang selesa dan yang sepatutnya.

Hentikan buat demo sekadar nak tutup kesilapan dan membina keegoan...Jangan nak perlekeh dan hina kebijaksanaan rakyat untuk berfikir dan menilai. - omakkau

TEMPAT MAKAN YANG PALING UNIK DI DUNIA.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment