Gambar Mengejutkan Seluruh Negara Ini Mula Tersebar
Tindakan pentadbiran sekolah rendah untuk memaksa pelajar bukan Islam makan didalam tandas semasa bulan Ramadan tersebar luas di internet dan laman sosial Facebook dan menyebabkan kemarahan pengguna internet.
Gambar pelajar-pelajar tersebut sedang makan dalam tandas tersebar dalam Facebook.
"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas.
Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," Sumber
Dipercayai arahan untuk pelajar bukan Islam untuk makan dalam tandas itu dikeluarkan sempena menghormati pelajar dan kakitangan Islam yang sedang berpuasa. ~the malaysian insider
JOM KITA LIHAT SAPE GURU BESARNYA, BETUL KE DIA NI?
JOM KITA LIHAT SAPE GURU BESARNYA, BETUL KE DIA NI?
Merupakan MACAI ?!!!!! Sumber..
Lawak betul otak2 si Mazidul & gurubesar. Nampak sgt tak munasabah,disebabkan hanya nak tukar pintu kayu kantin kpd pintu kaca saja keseluruhan kantin ditutup.
Bukannya melibatkan pengubahsuaian besar-besaran.
Sekurang2 kawasan kantin yg tidak terlibat pengubahsuaian boleh dijadikan sebahagian tpt makan murid2...
TERGAMAK gurubesar jadikan tpt persalinan sbg kantin. mcm lah takde bilik2 lain yg bersih... Janji Dicapati ~
Lawak betul otak2 si Mazidul & gurubesar. Nampak sgt tak munasabah,disebabkan hanya nak tukar pintu kayu kantin kpd pintu kaca saja keseluruhan kantin ditutup.
Bukannya melibatkan pengubahsuaian besar-besaran.
Sekurang2 kawasan kantin yg tidak terlibat pengubahsuaian boleh dijadikan sebahagian tpt makan murid2...
TERGAMAK gurubesar jadikan tpt persalinan sbg kantin. mcm lah takde bilik2 lain yg bersih... Janji Dicapati ~
Lagi Berita :
Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet hari ini.
Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar di SK Seri Pistana, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.
Pihak sekolah didakwa mengarahkan murid-murid makan dalam bilik makan sementara itu yang terletak bersebelahan tandas.
Kantin sekolah juga didakwa ditutup dan dipercayai tidak menyediakan sebarang makanan sepanjang bulan Ramadan.
Sementara itu, timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan dalam satu kenyataan petang ini menyebut, beliau telah meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara tersebut.
Tindakan tersebut sedang dijalankan pada masa ini, katanya lagi di Facebook.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke bilik air.
Sekiranya kantin berkenaan ditutup untuk proses naiktaraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenalpasti untuk dijadikan ruang makan, katanya.
"Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan," katanya lagi.
Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenalpasti jika sekolah tersebut tidak harus dikenakan tindakan, katanya. ~ mkini
Berita Penafian
PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN,BUKAN TANDAS!
Hari ini kita digemparkan dengan pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan beberapa pelajar bukan Islam konon-kononnya makan di dalam tandas/bilik air sekolah sepanjang bulan ramadhan..
Maka ramailah yang marah-marah dengan bermacam kutukan terhadap guru besar sekolah Seri Pistana,Sungai Buloh..
Memang kita patut marah pun jika guru besar berkenaan mengarahkan pelajar bukan Islam makan di waktu rehat di dalam tandas/bilik air sekolah...
Tapi apa yang silap adalah gambar tersebut di sebar tanpa ada penjelasan secara menyeluruh..
Sebenarnya,pelajar-pelajar bukan Islam berkenaan bukanlah makan di dalam tandas tetapi di dalam bilik persalinan pelajar di sekolah berkenaan...
gambar berikut mungkin dapat menjelaskan..
Cuma bilik persalinan ini berdekatan dengan kawasan tandas..
Yer.. ramai yang tanya kenapa di asingkan sedemikian rupa..
kenapa tak makan di kantin sahaja..?
Difahamkan bahawa kantin sekolah di tutup kerana masih dalam pengubahsuaian sejak awal ramadhan dan pihak sekolah bimbang sekiranya pelajar dibenarkan makan di kantin dibimbangi pelajar akan mendapat kecederaan ketika berada di kantin..
Pelajar bukan Islam di Sekolah berkenaan adalah seramai 26 orang,di mana pelajar berbangsa Cina seramai 3 orang manakala pelajar berbangsa India seramai 23 orang..
Yang kita boleh persoalkan adalah kenapa tidak disediakan satu tempat sementara lain dan bukannya dibilik persalinan..? - Lianglahad
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
gb sekolah tu cai umno ... bawa ke mahkamah agung sekali pun dia tak akan dikena apa-apa tindakan .... cai umno ... untouchable..!!!!
ReplyDelete