Tuesday, July 2, 2013

Panas!! Ahmad Maslan sahkan NAJIB kaki PENIPU???

BR1M 500 DI GAMBARKAN MAMPU MENGUBAH NASIB RAKYAT MISKIN SELAMA-LAMANYA TAPI HAKIKATNYA BR1M RM1,200 HANYA MAMPU BERTAHAN SEKADAR 2 BULAN SAJA!!!!

Pemberian BR1M RM500 yang diiklan disemua saluran TV digambar seolah-olah pemberian sebanyak RM500 sudah boleh mengubah nasib rakyat miskin secara total untuk sepanjang hidup mereka tetapi hari ini Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan kata pemberian BR1M walaupun berjumlah RM1,200 sekadar boleh tahan selama 2 bulan saja...

Jelas sekali BR1M 500 tidak mampu bertahan lebih dari 1 bulan pun...Akhirnya propaganda TV sudah kantoi...

Tapi paling kantoi ialah ucapana Najib Razak sendiri betapa pemberian BR1M RM500 mampu bertahan untuk setahun.

Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.

Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.

"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini. - 1 Julai, 2013.

AKHIRNYA SECARA TIDAK LANGSUNG AHMAD MASLAN SUDAH BERITAHU SATU DUNIA YANG NAJIB KAKI PENIPU...MENIPU RAKYAT SUSAH TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KAMPONG DAN LUAR BANDAR DIMANA TERLETAKNNYA SOKONGAN PADU UMNO. omakkau

Kaji Naik Had Pendapatan Layak Terima BR1M
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

Ahmad Maslan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan syarat kelayakkan pendapatan isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kementeriannya sedang meneliti pelbagai cadangan yang diterima semasa konsultasi Bajet 2014 termasuk untuk menaikkan had pendapatan isi rumah bagi meluaskan penerima bantuan berkenaan.

"Cadangan untuk naikkan syarat pendapatan itu sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan, tapi kita belum lagi buat keputusan mengenai perkara ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menaikkan jumlah syarat tersebut.

Menurut Nawawi, kenaikkan syarat pendapatan isi rumah daripada RM3,000 sebulan perlu dinaikkan sehingga RM5,000 bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati faedah itu.

Jumlah penerima BR1M 2.0 yang diagihkan pada Februari lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas.

Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta.

Bagi 2013, tujuh juta isi rumah dan individu bujang memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.

Pemberian BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013. - Mstar

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment