Friday, July 19, 2013

Panas!! 200 ekar tanah diberi kepada syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin Umno?

Husam: Tanah diberikan kepada wakil rakyat Umno dijual ke pihak ketiga
PAS sekali lagi membangkitkan isu tanah ketika berkempen untuk pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, kali ini memberikan fokus terhadap 200 ekar tanah di Pulau Perhentian Kecil, yang didakwa mereka turut mempunyai kaitan dengan Umno.


Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau dimaklumkan sumber tanah berkenaan dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang katanya sebagai "broker" dan kemudian menjual kembali tanah berkenaan kepada pihak ketiga.

Katanya, tanah dengan status pelancongan itu sahaja hanya dibayar premium bernilai RM 21,000.

"Pemberian 200 ekar tanah oleh kerajaan negeri kepada syarikat yang mungkin ada kaitan dengan pemimpin Umno, sedangkan permohonan orang kampung dibekukan," katanya ketika sidang media di Markas PAS, hari ini.

Husam berkata, beliau turut tidak menolak penganugerahan itu berlaku selepas kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada 2004.

Beliau turut mengedarkan dokumen kepada pemberita yang menyatakan tanah berkenaan hanya untuk tempoh pajakan selama 60 tahun.

PAS sebelum ini membangkitkan isu tanah di Kuala Besut antaranya termasuk unit pengsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh yang mereka dakwa dirampas oleh Barisan Nasional (BN) daripada penduduk.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan pemimpin BN, malah menganggap PAS sudah kehabisan idea, apabila terpaksa mengitar semula idea lama bagi menarik pengundi di Kuala Besut dalam PRK yang dijadualkan pada 24 Julai depan.

Malah, parti komponen PR itu turut mempersoalkan berhubung pemberian tanah kepada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan, malah, turut mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut BN menarik balik tanah berkenaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagaimanapun menegaskan tidak akan menarik balik tanah itu kerana ia bagi menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.

Ahmad Said berkata, wakil rakyat berhak memohon dan memiliki tanah seperti anak negeri lain.

Ahmad Said menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sebagai menteri besar pada 2008. - 18 Julai, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment