Wednesday, July 10, 2013

Pakatan mahu SPRM siasat semula kes politik wang

Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri membuka semula fail siasatan berhubung dakwaan pembelian undi di Bayan Baru semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, SPRM Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk memberhentikan penyiasatan kes tersebut kerana didapati tiada unsur jenayah yang diterima.

"Kita kesal dengan keputusan Pengarah SPRM untuk tutup siasatan kes "lucky bonus" iaitu membeli undi besar-besaran semasa pilihan raya yang lalu. Mereka mengatakan kes ini tiada ada unsur jenayah. Kita tak boleh terima.

"Kami menyeru SPRM membuka fail semula dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh. Pemimpin Pakatan akan beri kerjasama sepenuhnya dengan mereka (SPRM)," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk M Samarajoo yang berkata, suruhanjaya itu tidak mengesan sebarang kesalahan dalam tujuh laporan berhubung politik wang semasa pilihan raya umum 5 Mei, seperti yang diadukan oleh calon Pakatan.

Laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Samarajoo menyebut, suruhanjaya itu telah merakam kenyataan dari beberapa orang saksi.

Namun, saksi berkenaan berkata mereka tidak mengetahui identiti individu yang memberikan wang kepada mereka semasa kempen pilihan raya tersebut.

“Jadi, kalau mereka tidak boleh membuktikan apa-apa kesalahan di bawah akta kita, ia agak sukar," kata Samarajoo seperti dipetik Utusan. mk

Baca Artikel Berkaitan di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment