Friday, July 19, 2013

NI wajah Suami Abby Abadi, jejaka kacak!!

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?
Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.

Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,

Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.

Menurut ilmuNYA,

tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan
Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.

Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut:

Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana.
abby-610x610
abby1
Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.

Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!

Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya.

Oleh: REM RAMZI

Tahniah Abby Abadi - Sudah 12 Hari Bernikah
Hari ini, bekas isteri kepada Norman itu mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Farhan sejak 12 hari lalu. "Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. 


Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. 

Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur," kongsi Abby di akaun Instagramnya.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment