Wednesday, July 10, 2013

Mursi bakal dihukum?

KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir Mohamed Mursi yang menjadi mangsa rampasan kuasa tentera negara dan kini ditahan di sebuah lokasi tidak diketahui dijangka dikenakan hukuman oleh pihak tentera negara itu.
Mursi bakal dihukum?
Pegawai kanan tentera Mesir berkata, Mursi mungkin berhadapan pendakwaan berhubung tuduhan yang dibuat penentangnya namun tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu sehingga kini.

Ketika nasib Mursi masih kabur, presiden sementara Mesir, Adly Mansour semalam, mengemukakan rancangan pilihan raya umum negara (PRU) yang dijangka berlangsung awal 2014.

Pengumuman itu dibuat sejam selepas gerakan Ikhwanul Muslimin membantah tindakan tentera menembak mati 51 penyokong parti itu di perkarangan ibu pejabat tentera di Kaherah, susulan penggulingan Mursi.

Adly mengeluarkan dekri yang menetapkan jadual bagi mengadakan pungutan suara ke atas penggubalan perlembagaan Mesir sebelum PRU diadakan.

Dalam dekri itu, satu panel mewakili politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan meluluskan penggubalan perlembagaan yang digantung selepas Mursi digulingkan selain menetapkan pungutan suara tersebut dalam tempoh lima bulan.

"Pilihan raya Parlimen akan diadakan tiga bulan selepas perlembagaan baru itu diluluskan," menurut Adly, dipetik Al-Jazeera.

Mengikut dekri tersebut, keseluruhan proses tidak akan melebihi 210 hari, sekali gus memberi gambaran PRU bakal diadakan pada Februari.

Sementara itu, gerakan Ikhwanul Muslimin menggesa bantahan sehari selepas puluhan penyokong terkorban selain 322 yang lain cedera akibat ditembak.

Menurut saksi, tentera melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata selain beberapa lelaki dipercayai samseng berpakaian preman melepaskan tembakan berpeluru ke arah peserta.

Adly dilaporkan meluah kekesalan berhubung insiden itu selain menubuhkan jawatankuasa kehakiman siasatan. SH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment