Friday, July 19, 2013

Mansuh Seksyen 9A jika tiada apa nak sembunyi

Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, sebagai bukti bahawa tidak ada "apa yang hendak disembunyikan" dalam daftar pemilih.

Dengan berbuat demikian, katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi boleh memberi jawapan yang "tidak memuaskan" mengenai daftar pemilih dan akan perlu membuktikan ia adalah bena-benar bersih seperti yang ditegaskan.

Masalah dengan Seksyan 9A, tegas Ambiga, ialah ia menjadikan SPR sebagai penjaga tunggal daftar pemilih.

Katanya apabila isu tentang daftar pemilih dibangkit, SPR boleh memberi jawapan yang tidak memuaskan.

"Kita tidak boleh bawa ke mahkamah," katanya, sebelum menyokong dan melancarkan kempen di talian "Mansuhkan 9A" yang diterajui oleh tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen hari ini. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment