Tuesday, July 9, 2013

Lidah Rasmi UMNO memang celaka, Timbulkan Kontroversi dgn Memburukkan Imej Ikhwanul Muslimin

Merujuk kepada kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 9 Julai 2013 yang menyatakan "Ikhwanul Muslimin gesa pemberontakan diadakan", berdasarkan kenyataan- kenyataan yang telah dikeluarkan di Kaherah oleh pihak Ikhwanul Muslimin sejak bermulanya kebangkitan rakyat Mesir selepas pihak kepimpinan Tentera merampas kuasa pada 30 Jun 2013 dengan memecat Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat Mesir, Muhammad Mursi, kami ingin menyatakan bahawa :

1. Kenyataan akhbar Utusan Malaysia ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak datang dari sumber Ikhwanul Muslimin sendiri. Ianya mungkin dirujuk daripada sumber- sumber lain khasnya media propaganda pihak pembangkang Presiden Muhammad Mursi atau media- media lain.

2. Menurut kenyataan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, Dr Muhammad Badi', Ikhwan menentang penggulingan kuasa oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah As Sisi ini kerana ianya adalah satu pencabulan hak rakyat yang telah membuat pemilihan terhadap presiden mereka melalui sistem demokrasi dan proses pilihanraya yang bersih (buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir) yang diiktiraf oleh rakyat dan juga negara- negara luar.

3. Ikhwan Muslimin bersama berbagai kelompok rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan, menentang keras tindakan jahat dan kotor ini melalui perhimpunan aman di seluruh negara Mesir. Perhimpunan aman dan "I'tisom" ( berpiket secara berterusan/ tidak keluar daripada tempat berpiket) akan tetap diteruskan sehinggalah Presiden Dr Muhammad Mursi dikembalikan semula ke tampuk jawatannya sebagai presiden Mesir yang sah dan dipilih oleh rakyat melalui lunas demokrasi yang luhur.

4. Tindakan berhimpun secara aman dan tidak menggunakan sebarang unsur kekerasan akan tetap diteruskan sehinggalah presiden mesir dikembalikan semula. Mereka menegaskan perhimpunan aman ini adalah hak rakyat dan dijamin oleh perlembagaan Mesir (yang juga telah digantung perlaksanaannya oleh as Sisi) dan dijamin oleh PBB.

5. Tragedi berdarah yang berlaku semalam merupakan tindakan durjana pihak kepimpinan tentera yang telah menggunakan tindakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan aman ini. Mereka yang berhimpun waktu itu sedang solat subuh dan mereka dihujani dengan tembakan gas pemedih mata dan tembakan dengan peluru hidup tatkala mereka masih solat (rakaat kedua). Tohmahan adanya tindakan golongan pelampau yang menyerang tentera telah dinafikan sekeras- kerasnya oleh pihak penyokong Dr Muhammad Mursi. Semua bukti yang dikemukan oleh jurucakap Tentera dalam kenyataannya semalam adalah bukti video yang dimanipulasi dari rakaman insiden lain yang berlaku di tempat lain dan tiada kaitan dengan apa yang berlaku dalam tragedi berdarah awal pagi semalam.

Sumber : Mesir Kini

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment