Sunday, July 21, 2013

Langgar Fatwa : Tak Nak Tangkap Ke? atau yg ini BUKAN penghinaan terhadap kesucian Ramadhan dan kesucian Islam?

Belumpun reda isu penghinaan pelakon seks terhadap Islam, hari ini keluar pula berita berkenaan 4 gadis Islam yang tersenarai sebagai finalis "Miss Malaysia World 2013".


Waalid menganggap ini adalah satu daripada penghinaan terhadap kesucian Ramadhan dan juga kesucian Islam oleh ORANG ISLAM SENDIRI!

Tambahan pula, sudah di fatwakan haram orang Islam untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Berdasarkan petikan yang ditulis dalam utusan online :

Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.

Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992.

Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997.

Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak.

Perbuatan mereka telah melanggar fatwa yang telah ditetapkan?apakah tindakan yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka?

Di harapkan pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang tidak menjaga kesucian Agama Islam.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Wallahua'lam.

Sumber berita : Utusan

Renungan : Kalau orang Islam sendiri tidak sensitif dengan kesucian Agama Islam, apakah yang kita harapkan orang lain(kafir) untuk menyanjung kesucian Agama Islam?fikir-fikirkan... 

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment